Senarai Jabatan | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» MENGENAI KAMI » PENGURUSAN FAKULTI » Senarai Jabatan

Senarai Jabatan

Jabatan Sains Makanan

Jabatan Sains Makanan adalah salah satu jabatan yang menjadi tonggak kuat Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Jabatan ini mempunyai 22 orang Pegawai Akademik, seorang Pegawai Sains dan 10 orang pegawai pelaksana yang sentiasa berusaha memajukan proses pengajaran dan pembelajaran, serta memberikan khidmat terbaik dalam perkhidmatan profesional.

Jabatan Sains Makanan bertanggungjawab menawarkan program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM). Jabatan ini juga membantu menawarkan kepakaran pensyarah bagi beberapa kursus untuk program Bacelor Sains (Pengajian Makanan) (BS(PMK)) dan Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan) (BS(PPM)). Jabatan ini juga menawarkan perkhidmatan profesional dan program latihan dalam bidang makanan untuk mereka yang berminat.

Jabatan Teknologi Makanan

Jabatan Teknologi Makanan telah ditubuhkan pada 1 Mac 1982.  Dengan penubuhannya Jabatan telah mempelopori bidang pengajaran, penyelidikan dan rundingan dalam bidang pemprosesan dan kejuruteraan makanan dalam negara.  Ia mempunyai kemudahan unggul seperti loji pepandu pemprosesan makanan terkini dan makmal deria yang lengkap.

Jabatan Teknologi Makanan bertanggung jawab menawarkan program Bachelor Sains Pengajian Makanan (BSPMK) dengan dua pilihan iaitu Pengurusan Makanan dan Pemasaran Makanan. Jabatan ini juga membantu Jabatan Sains Makanan dan Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan menjalankan program Bacelor Sains & Teknologi Makanan dan Bacelor Pengurusan Perkhidmatan Makanan dengan menawarkan kursus-kursus dalam bidang pemprosesan dan kejuruteraan makanan.

Jabatan Pengurusan & Khidmatan Makanan 

 Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan ditubuhkan pada16 Januari 2005 hasil penstrukturan semula Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Pada peringkat awal penubuhan, Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan bertanggungjawab menawarkan program untuk Bacelor Sains (Pengajian Makanan) dengan menawarkan kursus-kursus dalam bidang pengurusan dan perkhidmatan makanan.

Menyedari permintaan pasaran dalam bidang pengurusan dan perkhidmatan makanan, Fakulti menawarkan program Bacelor Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan bermula pada Semester 1 sesi 2012/2013. Bagi menampung proses pengajaran dan pembelajaran, sebuah Kompleks Perkhidmatan Makanan (Food 6) yang dilengkapi dengan sebuah dapur industri termaju untuk latihan perkhidmatan makanan telah siap dibina pada tahun 2005.

Food 6 ini bukan sahaja dapat membantu pengendalian amali bagi bidang pengajian tetapi juga merancakkan aktiviti penyelidikan Jabatan dalam bidang perkhidmatan makanan. Food 6 juga menjalankan aktiviti pengkomersilan melalui L’apprenti Café, L’apprenti Deli dan L’apprenti@Putra Restaurant. Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan juga menawarkan program di peringkat Master dan PhD melalui para pensyarah jabatan yang berkepakaran dalam bidang pengurusan dan perkhidmatan makanan.

 

Kemaskini:: 04/08/2021 [wannurain]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXDdBAA~