LATIHAN INDUSTRI | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» AKADEMIK » LATIHAN INDUSTRI

LATIHAN INDUSTRI

Latihan yang akan dijalani ini akan dinilai berdasarkan hasil pembelajaran kursus yang telah digariskan oleh pihak fakulti. Pelajar, Pensyarah Pelawat dan juga Penyelia Industri yang terlibat dalam mengurus latihan industri perlu jelas tentang falsafah, objektif latihan dan juga hasil pembelajaran kursus yang dikehendaki. Oleh sebab itu, menjalani latihan industri adalah wajib ke atas setiap pelajar sebagai sebahagian daripada syarat yang perlu dipenuhi dalam program pengajian di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.

Bagi Bacelor Sains Teknologi Makanan (BSTM), Bacelor Sains Pengajian Makanan (BSPMK) dan Bacelor Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan (BSPPM) akan menjalani latihan industri pada semester lapan (8). Tempoh menjalani latihan industri ialah selama 24 minggu. Manakala program Bacelor Sains Operasi Pembuatan Makanan (BSOPM) akan menjalani latihan industri selama setahun, bermula pada semester tujuh (7).

Pelajar disarankan supaya merujuk skema pengajian dan aktiviti yang dijadualkan oleh Penyelaras Latihan Industri di setiap jabatan.

Penyelaras Latihan Industri bagi Sesi 2022/2023 adalah seperti berikut:

BSTM: Prof. Madya Dr. Farinazleen Mohamad Ghazali / Dr. Aliah Zannierah Mohsin
BSPMK: Dr. Masni Mat Yusoff

 

Muat turun borang berkaitan:

Kemaskini:: 26/09/2023 [nazrul_rapail]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDcRAN~