Kod dan Nama Program : PG17 - Bacelor Sains (Pengajian Makanan) dengan kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains (Pengajian Makanan) dengan kepujian merupakan kurikulum komprehensif yang bakal menghasilkan graduan terlatih dan profesional dalam bidang pemprosesan, pengeluaran makanan, pengurusan dan pemasaran. Program ini juga memberi tumpuan terhadap sektor pembuatan makanan.
Di akhir pengajian ini, pelajar dapat menguasai ilmu dan kemahiran teknikal yang mencukupi dalam bidang yang berkaitan, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dengan cekap dan bekerja dalam pasukan, mempunyai akauntabiliti sosial serta mempunyai tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkahlaku yang beretika untuk industri pembuatan makanan.
Peluang Kerjaya
Program ini telah berjaya menghasilkan graduan yang diinginkan oleh pasaran kerja. Sejak program ini ditawarkan, para graduan telah berjaya mendapat pekerjaan di sektor swasta seperti syarikat pengeluaran makanan dan sektor awam seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Asas Tani dan lain-lain.
Syarat-Syarat Kemasukan:
Syarat Am Universiti
Syarat Khas Program
- Kimia
- Biologi
Kelayakan Lain Sebagai STPM
Calon yang mengemukakan kelayakan berikut atau kelayakan setara yang diiktiraf oleh Senat sebagai ganti STPM boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi mengikuti
program ijazah: Diploma dalam bidang yang sesuai dari UPM atau institusi lain yang diiktiraf kerajaan.
Kemaskini:: 04/10/2023 [nazrul_rapail]
DEKAN
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, SERDANG,
SELANGOR MALAYSIA