KAUNTER BARISTA DAN MINUMAN L’APPRENTI CAFÉ@FOOD 1 | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » KAUNTER BARISTA DAN MINUMAN L’APPRENTI CAFÉ@FOOD 1

KAUNTER BARISTA DAN MINUMAN L’APPRENTI CAFÉ@FOOD 1

KAUNTER BARISTA DAN MINUMAN L’APPRENTI CAFÉ@FOOD 1

Bagi mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kaunter barista dan minuman telah dibangunkan di L’apprenti Café@Food 1, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) untuk memberi peluang kepada pelajar kursus FSM4704 (Pengurusan Minuman dan Bar) mengaplikasi pengetahuan yang diperolehi di dalam kelas disamping menimba pengalaman dalam menjalankan perniagaan minuman. Berbekalkan modal yang diberikan, pelajar menjalankan perniagaan secara berkumpulan di mana setiap kumpulan perlu bersaing untuk mencapai hasil jualan tertinggi dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Menerusi aktiviti ini juga, pelajar diberi peluang mencipta resipi minuman baru atau “Signature Drink” berdasarkan kreativiti serta berasaskan tren semasa dan kajian pasaran. Pelajar mencipta dua jenis minuman baru yang bersesuaian dengan konsep perniagaan L’apprenti Café@Food 1 iaitu minuman sejuk dan minuman panas berasaskan kopi. Di samping itu, pelajar juga mendapat pengalaman menguruskan pelbagai aspek perniagaan menerusi aktiviti jualan, promosi, pengurusan sumber manusia, operasi dan sebagainya. Minuman yang dijual di  kaunter barista dan minuman L’apprenti Café@Food 1 berharga antara RM3.50 hingga RM6.00 dan menu yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Standard Menu

Hot Long Black/ Americano

Hot Caffe Latte

Hot Flat White

Ice Long Black/ Americano

Ice Caffe Latte

Ice Flat White

 

Signature Menu

Hot Signature 

Cold Signature

 

Aktiviti ini diharap dapat memberi manfaat dalam memupuk serta menggilap ciri keusahawanan seperti kreatif, inovatif, berdaya saing serta bijak mengambil peluang di kalangan pelajar.

 

 

Kaunter Barista dan Minuman L’Apprenti Cafe

 

 Pelajar menguasai prinsip dan kemahiran barista 

 

 

 Majlis perasmian Kaunter Barista dan Minuman L’apprenti Café@Food 1 dihadiri oleh warga FSTM

 

 

Para pelanggan berpuas hati dan menyokong aktiviti jualan minuman di fakulti

 

 Dua kategori jualan minuman – Signature drink dan Barista Standard Coffee

Tarikh Input: 19/10/2018 | Kemaskini: 19/10/2018 | shuhada_md

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXDdCAR~