MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR SESI 2019/2020 | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR SESI 2019/2020

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR SESI 2019/2020

7 JAN – Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Sesi 2019/2020 di Dewan Kuliah Teknologi Makanan 1 baru-baru ini. Majlis kali ini diadakan secara hibrid di mana penerima hadiah, penaja dan Ahli Pengurusan dijemput menghadiri majlis secara bersemuka, manakala tetamu lain dijemput mengikutinya secara atas talian. 

Majlis Penyampaian Hadiah Fakulti diadakan setiap tahun untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan pelajar serta graduan kepada fakulti. Walau bagaimanapun, majlis ini tidak dapat diadakan pada tahun 2020 disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Sebanyak lapan penaja yang telah berbesar hati untuk menyumbang hadiah kepada 14 pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam bidang akademik bagi program prasiswazah dan siswazah. Majlis bermula pada jam 3 petang yang dirasmikan oleh Dekan Fakulti, Prof. Madya Dr. Anis Shobirin Meor Hussin.

Info Penaja & Pemenang:

HADIAH SEASONINGS SPECIALITIES

Penaja: Seasonings Specialities Sdn. Bhd.

Wakil: Dato’ Foo Chi Ching

  • Pemenang: Melissa Anne A/P Sandianysamy

  Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

  • Pemenang: Wan Muhd Hatim bin Wan Zain

  Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

HADIAH KECEMERLANGAN FONTERRA

Penaja: Fonterra Brands Malaysia Sdn. Bhd.

Wakil: Pn. Nurida Suraya Yahya

  • Pemenang: Ainaa Najihah binti Shahrom

  Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

  • Pemenang: Faridah binti Mohd Razali

  Program: Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

 

HADIAH DEWINA

Penaja: Dewina Food Ind. Sdn. Bhd.

Wakil: Tn. Hj. Zainuddin Dollah

  • Pemenang: Yew Yi Xuan

  Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

HADIAH BRAHIM HOLDINGS

Penaja: Tabung Amanah Kursi Brahim

Wakil: Tn. Hj. Zainuddin Dollah

  • Pemenang: Haziqah Azlyn binti Azmi

  Program: Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)

  • Pemenang: Erra Nastasha binti Paudzi

  Program: Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)

  • Pemenang: Nor Ellyna binti Razali

  Program: Master Sains (Pengurusan Makanan)

  • Pemenang: Mohd Nazri bin Abdul Raji

  Program: PhD (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)

HADIAH DATO’ DR. RAMLY BIN MOKNI

Penaja: Ramly Food Processing Sdn. Bhd.

Wakil: En. Mohammad Fuad Abd Rashid

  • Pemenang: Aimi Zafirah binti Kamaruddin

  Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

HADIAH AJINOMOTO

Penaja: Ajinomoto (Malaysia) Bhd.

Wakil: En. Muhammad Sholihien Ahmad

  • Pemenang: Ashley Tan Sai Li

  Program: Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)

HADIAH KECEMERLANGAN TEKNOLOGI HIJAU

Penaja: Pensyarah FSTM

  • Pemenang: Safiullah Jauhar - wakil

  Program: Master Teknologi Makanan

HADIAH MOTOHIRO

Penaja: Tabung Amanah Profesor Terushige Motohiro

  • Pemenang: Bonnie Yeoh Shu Chi

  Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan dengan Kepujian

  • Pemenang: Elisha Yiu

  Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan dengan Kepujian

Tarikh Input: 12/01/2022 | Kemaskini: 12/01/2022 | haniesa

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXDdCA7~