Pelajar BSTM Juara Pertandingan Pembangunan Produk Makanan Berasaskan Sawit | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » Pelajar BSTM Juara Pertandingan Pembangunan Produk Makanan Berasaskan Sawit

Pelajar BSTM Juara Pertandingan Pembangunan Produk Makanan Berasaskan Sawit

Sekumpulan mahasiswa tahun akhir Bacelor Sains dan Teknologi Makanan telah menyertai Pertandingan Pembangunan Produk Makanan Berasaskan Sawit yang bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah program CEO Day@UKM. Pertandingan tersebut merupakan pertandingan anjuran bersama antara Malaysian Palm Oil Council (MPOC) dan juga Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk menjana idea inovasi produk makanan baharu bagi mempromosikan penggunaan minyak sawit dalam industri makanan.

 

Pertandingan tersebut telah diadili oleh 4 orang juri yang mempunyai latar belakang sebagai pakar dalam industri dan produk makanan yang terdiri daripada wakil Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) dan juga Munchy Food Industries Sdn Bhd. Universiti Putra Malaysia telah menghantar 2 kumpulan iaitu Totally Spice dan Susu Indon.

 

Totally Spice yang menghasilkan marjerin berperisa cili dan bawang putih telah berjaya  merangkul gelaran juara dan membawa pulang hadiah berjumlah RM1,500.00 dalam Pertandingan Pembangunan Produk Makanan Berasaskan Sawit di bawah program CEO Day@UKM. Kumpulan Totally Spice telah diketuai oleh Afiefah binti Zulkifli dan terdiri daripada Nur Iman Saliha binti Jafri, Nur Mursyidah binti Md Zuki, Nurul Ashiqin binti Hishamuddin dan Abdul Azim bin Ab Halim.

 

Seterusnya, Susu Indon yang menghasilkan susu berperisa badam dengan menggunakan bahan berasaskan sawit telah berjaya mendapat tempat keempat dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 600.00 dalam Pertandingan Pembangunan Produk Makanan Berasaskan Sawit di bawah program CEO Day@UKM. Kumpulan Susu Indon telah diketuai oleh Yohan Candra dan terdiri daripada Arkan Binatara Pratama dan Asti Ardiyanti Kusumo.

 

Turut diucapkan tahniah kepada kumpulan finalis Pertandingan Pembangunan Produk Makanan Berasaskan Sawit iaitu Food Digger dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Philadefy dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kuala Pilah, dan Palmind dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tarikh Input: 17/01/2023 | Kemaskini: 17/01/2023 | wannurain

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
03 9769 8367
Tiada
BWCGVAf:21:30