PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2019/2020 | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2019/2020

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2019/2020

3 SEPT - Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) telah menerima seramai 139 pelajar baharu pra-siswazah termasuk pelajar antarabangsa untuk sesi kemasukan 2019/2020, yang terdiri daripada tiga program, iaitu Bacelor Sains dan Teknologi Makanan, Bacelor Sains (Pengajian Makanan) dan Bacelor Sains (Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan). Aturcara Taklimat Fakulti bermula dengan urusan pendaftaran dan para pelajar mengambil tempat di Dewan Kuliah Teknologi Makanan 1.

Ucapan aluan oleh Dekan, Prof. Dr. Nazamid Saari.

Taklimat Umum Akademik oleh Prof. Madya Dr. Sharifah Kharidah Syed Muhammad, Timbalan Dekan (Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Pelajar).

Majlis kemudian bersambung dengan Penerangan Program Pengajian oleh Ketua Jabatan.

Pendaftaran Kursus yang dibantu oleh AJK Persatuan Mahasiswa FSTM (FOSTECH).

Seterusnya adalah Program ‘Primed for Success’ bersama Panel Industri bagi memberi pendedahan maklumat kerjaya kepada pelajar.

Penasihat Akademik juga turut bersama menjayakan aktiviti sesi bual mesra dengan pelajar.

 

Program diakhiri dengan Taklimat Keselamatan Makmal oleh Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Dr. Mohd Rafee Baharudin.

Tarikh Input: 05/09/2019 | Kemaskini: 05/09/2019 | haniesa

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXEUHA3~