PROGRAM 'PRIMED FOR SUCCESS' | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » PROGRAM 'PRIMED FOR SUCCESS'

PROGRAM 'PRIMED FOR SUCCESS'

Ribuan terima kasih kepada alumni kami, Encik Koh Mui Han (Perunding Utama dari Changedynamic Consulting) serta pensyarah kami Dr. Siti Fatimah Mohamad dan Dr. Sarina Lim kerana menjalankan siri pertama program 'Primed for Success' 5 Okt 2018 di Dewan Kuliah Teknologi Makanan 1, FSTM. 'Primed for Success' adalah Program 3 tahun Kebolehpasaran Graduan FSTM.

81 pelajar tahun pertama telah menghadiri program ini. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah berkaitan dengan tujuan pelajar untuk berada di universiti, situasi semasa pasaran buruh, kompetensi yang diperlukan oleh industri dan komunikasi.

Siri kedua 'Primed for Success' yang bakal diadakan pada minggu 7 atau 8 akan memberi tumpuan kepada mencipta dan mengembangkan profil pelajar, CV serta rangkaian melalui LinkedIn.

Ceramah motivasi disampaikan oleh Encik Koh Mui Han

Sesi perkongsian pandangan bersama Dr. Sarina Lim

Dr. Siti Fatimah Pengarah Program Peningkatan Kebolehpasaran Graduan FSTM (Pelan Pembangunan Strategik Tiga Tahun)

Turut hadir, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Sharifah Kharidah Syed Muhammad       

     

Disamping mendengar ceramah, pelajar juga melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan

 

Tarikh Input: 08/10/2018 | Kemaskini: 30/10/2018 | haniesa

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXEYTAV~