UPM-PSU VIRTUAL MOBILITY PROGRAM KNOW YOUR NEIGHBOUR 3.0 (KYN 3.0): MAKING THE MOST OF YOUR INTERNSHIP | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » UPM-PSU VIRTUAL MOBILITY PROGRAM KNOW YOUR NEIGHBOUR 3.0 (KYN 3.0): MAKING THE MOST OF YOUR INTERNSHIP

UPM-PSU VIRTUAL MOBILITY PROGRAM KNOW YOUR NEIGHBOUR 3.0 (KYN 3.0): MAKING THE MOST OF YOUR INTERNSHIP

14 Disember 2022: Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM telah mengadakan Program Know your Neighbour 3.0 (KyN 3.0): Making the Most of Your Internship. Program ini merupakan program mobiliti secara maya antara Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Fakulti Hospitaliti dan Pelancongan, Prince of Songkla University (PSU) Kampus Phuket, Thailand.

Program mobiliti ini merupakan platform perkongsian tentang pengurusan dan operasi latihan industri di UPM dan PSU, memberi pendedahan kepada peserta tentang pengalaman menjalani latihan industri di Malaysia dan Thailand, mendidik bakal pelatih tentang nilai  latihan industri untuk peningkatan diri sebelum memasuki alam pekerjaan, dan meneroka peluang untuk pelajar menjalani latihan industri di luar negara. Lebih 70 peserta terdiri daripada pensyarah dan pelajar UPM dan PSU menyertai program separuh hari ini.

FSTM berharap untuk mengadakan lebih banyak program mobiliti maya dengan universiti di seluruh dunia!!!!!

 

Tarikh Input: 16/12/2022 | Kemaskini: 16/12/2022 | shuhada_md

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXDdKA7~