Dalam usaha mendukung matlamat UPM untuk menjadi Universiti tersohor yang sentiasa memberikan sumbangan kearahpembangunan lestari, pembangunan rakyat, kekayaan Negara serta keterlibatan di peringkat antarabangsa; Universiti telah mengenal pasti tujuh komuniti tumpuan untuk dijalankan aktiviti. Penumpuan ini bagi memastikan aktiviti yang dilakukan dapat memberi impak yang boleh diukur daripada hasil kerjasama tersebut. Komuniti tersebut ialah:-
Komuniti Setempat (Serdang, Puchong and Bintulu, Sarawak)
Komuniti Pertanian
Belia
Warga Emas
Pesakit Kanser
Orang Asli
Pendidikan Kanak-kanak
Bagi memberi khidmat kepada pihak Komuniti , Fakulti juga memainkan peranan sebagai perantara kepada pihak Industri yang ingin menjalankan program Tanggungjawab Sosial Korporat ‘ Corporate Social Responsibility (CSR)’. Universiti akan mengenal pasti Industri yang ingin menjalankan program CSR dan menghubungkannya dengan komuniti sasaran.