Polymorphism Of Fats As New Source Of Food Security | FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
» NEWS » Polymorphism of Fats as New Source of Food Security

Polymorphism of Fats as New Source of Food Security

19 November 2018 – Pusat Sekuriti Makanan, Universiti Kasetsart dengan kerjasama University of Hohenheim, Jerman dan DAAD telah menganjurkan bengkel ‘Polymorphism of Fats as New Source of Food Security’ di Jabatan Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Agro-Teknologi, Universiti Kasetsart, Thailand.    

 

Dr. Rashidah Sukor dari Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM telah terpilih untuk mengikuti bengkel selama 2 hari yang berlangsung dari 19 hingga 20 November 2018. Seramai 12 peserta lain dari pelbagai negara ASEAN juga terpilih untuk mengikuti bengkel berkenaan. Pakar polimorfisme dan kristal lemak, Profesor Hironori Hondoh dari Universiti Hiroshima, Jepun telah menyampaikan pelbagai topik menarik dan mendalam berkenaan kejadian dan mekanisme polimorfisme lemak di dalam pembuatan coklat dan kepentingan pembentukan kristal berlainan lemak yang mempengaruhi kualiti produk coklat. Peserta bengkel dapat menambah pengetahuan teknikal di dalam bidang sekuriti makanan dari segi pengekalan kualiti produk koko dan pembuatan coklat. Bengkel ini juga memberi peluang untuk peserta berinteraksi secara dua hala dengan Profesor Hondoh dan peserta lain untuk kolaborasi penyelidikan dan pertukaran pendapat dan perkongsian isu dan masalah dalam penyelidikan yang berkaitan.  Peserta bengkel juga berkesempatan melawat pelbagai makmal penyelidikan dan pilot plant yang lengkap untuk kegunaan pengajaran dan juga penyelidikan.

 

 

Gambar 1. Para peserta bergambar kenangan dengan penceramah dan ketua jabatan Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Kasetsart, Prof. Madya Dr. Wannee Jirapakkul

 

Gambar  2. Prof. Madya Dr. Hironori Hondoh dari Hiroshima University menyampaikan topik ceramah beliau

 

 

Gambar 3. Para peserta mendengar penerangan ketika melawat 'Food Technology Pilot Plant' di Jabatan Sains dan Teknologi Makanan

Date of Input: 31/01/2019 | Updated: 31/01/2019 | wannurain

MEDIA SHARING

FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
C1561015814