Informasi Bahagian | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» PENTADBIRAN » PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK DAN HAL EHWAL PELAJAR) » Informasi Bahagian

Informasi Bahagian

PENGENALAN

Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan menjalankan urusan pentadbiran program akademik prasiswazah dan mengendalikan urusan hal ehwal pelajar Fakulti. Program yang ditawarkan adalah program sepenuh masa dan terbuka kepada calon lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi/Asasi, pemegang Diploma/kelayakan setaraf sebagai syarat kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPM.

 

INFO  BAHAGIAN

Fungsi utama Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) adalah:

  • mewujudkan sistem pengurusan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti serta bertindak membantu pelajar, pensyarah dan pihak luar menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan akademik;
  • membantu dalam urusan penjadualan, pendaftaran kursus pelajar baru dan lama, pengecualian kursus pelajar, peperiksaan pelajar serta perkara berkaitan akademik yang lain mengikut keperluan pelajar;
  • terlibat dalam urusan pengambilan pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti program Fakulti bagi melahirkan graduan yang berdaya saing dan berkualiti;
  • membantu urusan penawaran kursus yang ditawarkan oleh setiap Jabatan (Jabatan Sains Makanan, Jabatan Teknologi Makanan dan Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan) bagi setiap semester;
  • bertanggungjawab menguruskan aktiviti pelajar dan penasihatan akademik;
  • memastikan pembahagian dewan kuliah dilakukan dengan sistematik dan bersesuaian agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara kondusif;
  • menasihati dan membantu kelab atau persatuan pelajar (FOSTECH) di Fakulti dalam merencana dan menjalankan aktiviti;
  • menyemak dan menyokong rancangan aktiviti pelajar bagi mendapatkan kelulusan dan pembiayaan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM;
  • memberi khidmat nasihat dari segi prospek dan kerjaya pelajar serta menjalankan aktiviti berkaitan alumni.

 

 

Kemaskini:: 20/07/2022 [haniesa]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXETLAJ~