PEJABAT TIMBALAN DEKAN (SISWAZAH, PENYELIDIKAN DAN INOVASI) | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» PENTADBIRAN » PEJABAT TIMBALAN DEKAN (SISWAZAH, PENYELIDIKAN DAN INOVASI)

PEJABAT TIMBALAN DEKAN (SISWAZAH, PENYELIDIKAN DAN INOVASI)

Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan dan Inovasi) merupakan antara entiti penting dalam Fakulti yang bertanggungjawab menguruskan semua aspek dalam program siswazah fakulti. Ini termasuk pengambilan pelajar siswazah baru, pengurusan program pengajaran dan pembelajaran siswazah, penyelarasan program-program dengan standard akademik, dan pemastian kualiti program siswazah.

Selain itu, pejabat ini juga menguruskan perihal berkaitan penyelidikan dan inovasi. Pemantauan pencapaian KPI fakulti turut dilaksanakan secara berjadual dengan pengumpulan data secara berkala bagi memastikan pencapaian dalam bidang sains dan teknologi makanan ini berada pada tahap maksimum. Selain itu, pengurusan aktiviti makmal penyelidikan turut dilaksanakan agar projek-projek penyelidikan berjalan dengan lancar.

Kemaskini:: 30/10/2023 [lilytahnani]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdIAA~