Bacelor Sains (Pengajian Makanan) | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» AKADEMIK » PRASISWAZAH » Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

BUKU PANDUAN PROGRAM 2018/2019.pdf 

 

Kod dan Nama Program           : PG17 - Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

Tempoh Pengajian                   : 8 Semester

Maklumat Ringkas Program

Program Bacelor Sains (Pengajian Makanan) merupakan kurikulum komprehensif yang bakal menghasilkan graduan terlatih dan profesional dalam bidang pemprosesan, pengeluaran makanan, pengurusan dan pemasaran. Program ini juga memberi tumpuan terhadap sektor pembuatan makanan.


Di akhir pengajian ini, pelajar dapat menguasai ilmu dan kemahiran teknikal yang mencukupi dalam bidang yang berkaitan, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dengan cekap dan bekerja dalam pasukan, mempunyai akauntabiliti sosial serta mempunyai tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkahlaku yang beretika untuk industri pembuatan makanan.

Peluang Kerjaya

Program ini telah berjaya menghasilkan graduan yang diinginkan oleh pasaran kerja. Sejak program ini ditawarkan, para graduan telah berjaya mendapat pekerjaan di sektor swasta seperti syarikat pengeluaran makanan dan sektor awam seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Asas Tani dan lain-lain.

Syarat-Syarat Kemasukan:

Syarat Am Universiti

  1. Calon Sijil Tinggi Pelajar Malaysia (STPM)/Setaraf dengan Baik
    1. Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan baik;
    2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di
      peringkat SPM/setaraf;
    3. Lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya:gred C
      (NGMP 2.00) dalam matapelajaran Pengajian Am; dan gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) matapelajaran lain; dan
    4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).
  1. Calon Kelayakan Setaraf
    1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setara dengan baik;
    2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di
      peringkat SPM / setara;
    3. Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan
      diluluskan oleh Senat Universiti; dan
    4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).
  1. Kelayakan Minimum Calon Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains Pertanian UPM/ Tahun Asas UTM
    1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setara dengan baik;
    2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di
      peringkat SPM / setara;
    3. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains Pertanian
      UPM/Tahun Asas UTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00; dan
    4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

Syarat Khas Program

  1. Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) salah satu (1) mata pelajaran berikut :

           - Kimia
           - Biologi

  1. Lulus dengan kepujian dalam satu (1) mata pelajaran Sains pada peringkat SPM

Kelayakan Lain Sebagai STPM

Calon yang mengemukakan kelayakan berikut atau kelayakan setara yang diiktiraf oleh Senat sebagai ganti STPM boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi mengikuti
program ijazah: Diploma dalam bidang yang sesuai dari UPM atau institusi lain yang diiktiraf kerajaan.

 

 

Kemaskini:: 18/10/2018 [haniesa]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
B1566549703