Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan) | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» AKADEMIK » PRASISWAZAH » Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)

Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)

BUKU PANDUAN PROGRAM 2018/2019.pdf 

 

Kod dan Nama Program           : PG18 - Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan 
                                                   Makanan)

Tempoh Pengajian                   : 8 Semester

Maklumat Ringkas Program

Program Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan) ini diwujudkan bagi mencapai matlamat sejajar dengan hasrat UPM untuk melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju melalui pembelajaran yang berterusan serta dapat menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang sihat dan produktif. Pada akhir program ini para graduan berkeupayaan untuk menjalankan kerja atau tugas seorang pengurus institusi perkhidmatan makanan secara berdikari, beretika, bertanggungjawab dan kreatif.

Peluang Kerjaya

Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan) mampu melahirkan graduan yang berpeluang untuk menyertai pelbagai bidang kerjaya yang bersesuaian seperti industri makanan dan minuman (Industri F&B), servis dan pengurusan, pemasaran, jaminan kualiti dan juga chef.

Syarat-Syarat Kemasukan:

Syarat Am Universiti

  1. Calon Sijil Tinggi Pelajar Malaysia (STPM)/Setaraf dengan Baik
    1. Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan baik;
    2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;
    3. Lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya:gred C
      (NGMP 2.00) dalam matapelajaran Pengajian Am; dan gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) matapelajaran lain; dan
    4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).
  1. Calon Kelayakan Setaraf
    1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setara dengan baik;
    2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di
      peringkat SPM / setara;
    3. Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan
      diluluskan oleh Senat Universiti; dan
    4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).
  1. Kelayakan Minimum Calon Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains Pertanian UPM/ Tahun Asas UTM
    1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setara dengan baik;
    2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di
      peringkat SPM / setara;
    3. Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains Pertanian UPM/Tahun Asas UTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00; dan
    4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

Syarat Khas Program

  1. Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) salah satu (1) mata pelajaran berikut :

            - Kimia
            - Biologi

  1. Lulus dengan kepujian dalam satu (1) mata pelajaran Sains pada peringkat SPM

Kelayakan Lain Sebagai STPM

Calon yang mengemukakan kelayakan berikut atau kelayakan setara yang diiktiraf oleh Senat sebagai ganti STPM boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi mengikuti
program ijazah: Diploma dalam bidang yang sesuai dari UPM atau institusi lain yang diiktiraf kerajaan

 

Kemaskini:: 18/10/2018 [haniesa]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
B1566554309