KURSUS KEUSAHAWANAN ‘MUSLIM FOODPRENEUR@ FOODSERVICE FSTM’ | FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
» ACTIVITIES » KURSUS KEUSAHAWANAN ‘MUSLIM FOODPRENEUR@ FOODSERVICE FSTM’

ACTIVITIES

Event Title
KURSUS KEUSAHAWANAN ‘MUSLIM FOODPRENEUR@ FOODSERVICE FSTM’
Date
26 Jul 2021 - 14 Aug 2021
Time
08.00 - 05.00
Location
KOMPLEKS PERKHIDMATAN MAKANAN
Event Summary
Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan (JPKM), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) dengan kerjasama pihak WAZAN UPM akan menganjurkan program keusahawanan “Muslim Foodpreneur @ Foodservice FSTM”, bermatlamat untuk melahirkan bakal usahawan dalam bidang perkhidmatan makanan dalam kalangan pelajar asnaf di FSTM yang akan diadakan seperti maklumat berikut:
Tarikh : 26 Julai 2021- 14 Ogos 2021 (Cuti semester)
Tempat : Kompleks Perkhidmatan Makanan (Food 6), FSTM, UPM
Yuran : PERCUMA
Penginapan : Disediakan

Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan penyertaan dalam kalangan pelajar UPM yang memenuhi kriteria di bawah untuk menyertai kursus ini:
• Pelajar aktif UPM sepanjang Program berjalan
• Asnaf berdaftar dengan WAZAN UPM
• Berminat menceburkan diri dalam perniagaan makanan

Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi Google form: https://forms.gle/9mpETP888TwbjXi78 sebelum 14 Mei 2021 (Jumaat).
Untuk makluman, pihak penganjur akan mengadakan sesi temuduga untuk memilih pelajar asnaf yang layak dan berminat untuk menjadi usahawan dalam bidang perkhidmatan makanan bagi menyertai program ini.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi En. Md Nizam menerusi aplikasi Whatsap di https://wa.me/60132107876.
Jom mendaftar!

Updated:: 03/05/2021 [suhaiza]

MEDIA SHARING

FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
W1UJQXA2:23:18