TAKLIMAT DOUBLE TAX DEDUCTION DI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN | FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
» ACTIVITIES » TAKLIMAT DOUBLE TAX DEDUCTION DI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

ACTIVITIES

Event Title
TAKLIMAT DOUBLE TAX DEDUCTION DI FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Date
13 Feb 2026 - 13 Mar 2026
Time
09.00 - 12.30
Location
Bilik Kuliah Siswazah, Food 5, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Event Summary
Pejabat Timbalan Dekan Siswazah, Penyelidikan dan Inovasi FSTM ingin menjemput semua penyelidik FSTM untuk menghadiri Taklimat Double Tax Deduction yang merupakan anjuran julung kalinya di FSTM. Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para penyelidik dalam mencari kepelbagaian dana penyelidikan dan mengadakan usaha sama dengan pihak industri.

Taklimat ini akan disampaikan oleh En. Azizi Mohd Ali, Pegawai Penyelidik daripada Unit Pendanaan, Seksyen Pendanaan & Permohonan Geran dan Perjanjian Penyelidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UPM.

Maklumat lebih lanjut mengenai taklimat ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 13 Februari 2026, Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 12 tengah hari
Tempat: Bilik Kuliah Siswazah, Food 5, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan

Para penyelidik mohon untuk sahkan kehadiran dengan mengisi pautan Google Form berikut: https://forms.gle/Macnh4KuZBZ2EPZZA

Pihak pejabat TDSPI amat mengalu-alukan kehadiran para penyelidik ke taklimat dalam usaha mempelbagai sumber dana penyelidikan dan mengurangkan kebergantungan kepada dana Universiti dan Awam demi melangsungkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi.

Updated:: 05/03/2026 [nurulizzah]

MEDIA SHARING

FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5100
Tiada
X, (12:05:38am-12:10:38am, 20 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]