Majlis Pembukaan L'apprenti Dapur Rakyat@UPM | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
Majlis Pembukaan L'apprenti Dapur Rakyat@UPM
Tarikh
16 Jul 2018 - 16 Jul 2018
Masa
01.00 - 07.30
Lokasi
Bangunan Food 5, FSTM
Ringkasan Acara
Assalamualaikum dan salam sejahtera, YBhg. Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Merujuk kepada perkara di atas, Sukacita dimaklumkan L’apprenti Dapur Rakyat@UPM (Food 5), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan akan mula beroperasi pada:- Tarikh : 16 Julai 2018 (Isnin) Tempat : Bagunan Food 5, FSTM (Dahulunya Dewan Kuliah Pusat) Masa operasi : 8.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat) L'apprenti Dapur Rakyat@UPM merupakan sebuah makmal latihan keusahawanan pengurusan dan perkhidmatan makanan yang baharu. Makmal ini di bangunkan untuk menyokong kursus-kursus yang berkaitan dalam bidang pengurusan dan perkhidmatan makanan bagi Program Becelor Sains (Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan) Fakulti. Dengan berkonsepkan sebuah kafe dine-indengan menu produk yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan iaitu tidak lebih RM 5.00/produk. L’apprenti Dapur Rakyat@UPM juga turut menawarkan perkhidmatan penghantaran produk bagi pakej nasi muafakat regular berharga RM 4.50@5.00 dan nasi muafakat premium berharga RM 6.50 (Premium) khas untuk mesyuarat dan seminar. Datanglah beramai-ramai bagi menyokong produk Fakulti. Kerjasama dan sokongan anda amatlah kami hargai. JUMPA ANDA DISANA !! Untuk pertanyaan lanjut dan perkhidmatan penghantaran produk bagi pakej nasi muafakat bolehlah hubungi: Tel: 03 -8946 1155 (En. Md Nizam Mahat @ Ibrahim) 03- 8946 1154 (En. Muhamad Fikri Che Pa) 03-8946 8368 (Cik Nor Shuhada Mohamad)

Kemaskini:: 08/10/2020 [shuhada_md]

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXDdPAt~