BACELOR SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» AKADEMIK » SINOPSIS KURSUS PRASISWAZAH » BACELOR SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

BACELOR SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

Buku panduan program prasiswazah boleh dirujuk DI SINI

 

BIL

KOD

NAMA KURSUS

KREDIT

SINOPSIS

1

FSM4901

Latihan Industri

12(0+12)

Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk menilai teknologi yang digunakan dalam industri makanan dan menimba pengalaman kerja dalam persekitaran industri berkenaan. Latihan dijalankan di agensi kerajaan atau swasta selama 24 minggu untuk pendedahan kepada perancangan dan penyelarasan kerja di bawah penyeliaan pegawai tempat latihan industri yang dilantik

2

FST3110

Biokimia Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkum komponen utama dan proses biokimia yang berlaku dalam sistem hidupan. Kursus ini juga meliputi air dan sistem penimbal; asid amino dan protein, pemangkinan berenzim; bioenergetiks, membran biologi, laluan metabolik biomolekul utama; fotosintesis, dan proses transkripsi dan translasi.

3

FST3114

Kimia dan Analisis Komponen Makro Makanan

4(2+2)

Kursus ini merangkumi sifat fiziko-kimia komponen makro makanan iaitu air, karbohidrat, serat diet, protein dan lipid. Kursus ini juga merangkum perkaitan di antara sifat fiziko-kimia dan kefungsian komponen makro berkenaan dalam makanan. Ia termasuk aplikasi kaedah utama yang digunakan dalam analisis komponen makro makanan.

4

FST3115

Kimia dan Analisis Komponen Mikro Makanan

3(2+1)

Kursus ini meliputi sifat fiziko-kimia komponen mikro makanan iaitu vitamin, mineral, pigmen haiwan dan tumbuhan, perisa semulajadi, enzim, bahan toksik semulajadi, bahan cemar, sebatian bioaktif dan aditif makanan. Kursus ini juga merangkum perkaitan di antara sifat fiziko-kimia dan kefungsian komponen mikro berkenaan dalam makanan. Ia termasuk aplikasi kaedah utama yang digunakan dalam analisis komponen mikro makanan

5

FST3201

Mikrobiologi Makanan Asas

3(2+1)

Kursus ini meliputi pengenalan kepada mikrobiologi dan teknik asas yang digunakan di makmal, sifat mikro-organisma dan pengkelasan, struktur dan fungsi sel prokariot dan eukariot, pengkulturan pemeliharaan bakteria, pembiakan dan tumbesaran, metabolisma dan biosintesis, kawalan tumbesaran mikrob, pemusnahan mikroorganisma, mutasi, kejuruteraan genetik, tindakbalas rentanan dan imun, sifat yis, fungi dan virus bawaan makanan

6

FST3202

Mikrobiologi Makanan

3(2+1)

Kursus ini meliputi peranan dan kepentingan mikroorganisma dalam makanan dan persekitaran, faktor yang mempengaruhi tumbesaran mikroorganisma dalam makanan, kesan pemprosesan dan pengawetan makanan ke atas tumbesaran dan kemandirian mikroorganisma, aktiviti mikroorganisma yang menyebabkan keracunan dan kerosakan makanan (mikroorganisma perosak), kualiti makanan dan air dari sudut mikrobiologi, organisma penunjuk, probiotik dan mikroorganisma bermanfaat.

7

FST3302

Asas Pemprosesan dan Pengawetan Makanan

3(3+0)

Kursus ini meliputi ciri-ciri kualiti  makanan,  akibat dan kesan kerosakan makanan, konsep rintangan, pemanasan, penyejukan dan pendinginan, pengeringan, pemekatan, penyinaran, tekanan ultratinggi dan ultrasonikasi, pembungkusan dan aditif makanan

8

FST3401

Asas Kejuruteraan Makanan

3(2+1)

Kursus ini meliputi pengenalan kepada kejuruteraan makanan, unit dan dimensi, analisis dimensi, imbangan jisim dan tenaga, termodinamik dan refrigerasi, aliran bendalir, pemindahan haba dan jisim pemindahan haba tak mantap, psikrometri. Amali yang dijalankan menekankan prinsip asas kejuruteraan makanan.

9

FST3404

Operasi Unit Pemprosesan Makanan I

3(2+1)

Kursus  ini   meliputi   prinsip-prinsip   operasi   unit fizikal dan sampingan dalam pemprosesan makanan. Ini termasuk pengecilan saiz dan penurasan pepejal, penghomogenan dan pengemulsian, pencampuran, teknik pemisahan dan pengekstrakan. Kursus  ini   juga merangkum aplikasi teknik yang berkaitan dengan makanan terproses seperti pembungkusan, penyempritan dan pembentukan.

10

FST3405

Operasi Unit Pemprosesan Makanan II

3(2+1)

Kursus ini meliputi prinsip operasi unit   pengawetan dalam pemprosesan makanan, teknik pengawetan seperti pemprosesan terma, pengawetan suhu rendah, pengeringan, penyejatan dan pemekatan, pemprosesan tekanan tinggi dan penyinaran makanan

11

FST3601

Kebersihan dan Sanitasi Makanan

2(2+0)

Kursus ini merangkum prinsip kebersihan dan sanitasi dalam industri makanan. Kursus ini juga merangkum sistem kebersihan dan sanitasi yang meliputi pelbagai aspek sanitasi seperti jangkitan, kebersihan, kaedah penentuan kebersihan, unsur sanitasi,  kualiti air, kotoran, teknologi permukaan, teknologi pembersihan, rekabentuk bersih dan  konsep Cleaning In-Place (CIP).

12

FST3602

Makanan Halal

2(2+0)

Kursus ini memperkenalkan konsep makanan halal dan haram dalam Islam, rantaian makanan halal yang melibatkan konsep pemprosesan dan penyediaan makanan halal dari ladang ke pinggan. Kursus ini juga meliputi peraturan dan perundangan berhubung dengan makanan halal, analisis, piawaian makanan halal MS1500:2009, pensijilan dan logo halal, kaitan halal dan sistem kualiti  produk halal. Ia juga membincangkan isu semasa dalam industri dan perkhidmatan makanan serta pasaran halal global.

13

FST3701

Perubahan Nutrien dalam Makanan

3(3+0)

Kursus ini meliputi sumbangan dan kepentingan nutrien ke atas kesihatan. Syor Diet Harian (Recommended Dietary Allowance; RDA), pemakanan untuk golongan tertentu dan penilaian status pemakanan.  Kursus ini juga meliputi penekanan ke atas perubahan kualiti nutrien semasa pemprosesan dan penstoran makanan

14

FST4201

Kaedah Pantas dalam Analisis Makanan

3(2+1)

Kursus ini meliputi genetik asas dalam  tumbuhan dan  haiwan, prinsip asas dan aplikasi diagnostik dan mengaplikasi kit teknologi pantas untuk analisis makanan.

15

FST4405

Sifat Kejuruteraan Makanan

3(2+1)

Kursus ini meliputi sifat kejuruteraan makanan merangkumi sifat fizikokimia bahan biologi dan makanan, air dan sifat makanan, sifat reologi makanan pepejal, sifat reologi makanan viskoelastik,  sifat terma makanan, sifat aerodinamik dan hidrodinamik makanan, dan sifat optik makanan.

16

FST4407

Pengurusan Operasi Loji Makanan

3(3+0)

Kursus ini meliputi pengurusan operasi loji makanan pra-operasi loji, semasa operasi loji, pengoptimuman operasi, pasca operasi, pembaikan operasi, teknologi pembuatan terkini, kajian kes pembuatan dan pemasaran produk

17

FST4408

Pembungkusan Makanan

3(2+1)

Kursus ini merangkum pembungkusan makanan meliputi konsep dan fungsi pembungkusan, perlindungan makanan, bahan pembungkus dan pembuatan, kaedah ujian terhadap bahan   pembungkus, jenis kegagalan dalam pembungkusan, bentuk sistem pembungkusan, pembungkusan dan aplikasi, alatan pembungkusan, peraturan dan undang-undang pembungkusan makanan, dan perkembangan semasa dan masa depan dalam bidang pembungkusan makanan

18

FST4409

Pengurusan Air dan Air Buangan Industri  Makanan

2(2+0)

Kursus ini meliputi pandangan keseluruhan pengurusan air, bekalan dan pengurusan air, sifat kimia air, rawatan air konvensional, rawatan air lanjutan, pengurusan air buangan, rawatan primer, sekunder dan tertier, pertimbangan ekonomik dan reka bentuk, dan isu semasa

19

FST4410

Kejuruteraan Sisa Industri Makanan

2(2+0)

Kursus ini merangkum kejuruteraan sisa industri makanan meliputi sumber dan klasifikasi sisa industri, masalah pengurusan sisa, proses rawatan           sisa secara fizikal dan kimia, integrasi proses fizikal dan biologi, proses rawatan sisa secara terma, dan strategi pengurangan sisa

20

FST4411

Reka Bentuk Loji Makanan

3(3+0)

Kursus ini meliputi prinsip dan prosedur pembangunan loji makanan. Pengurusan dan penilaian keboleharapan ekonomi projek turut diberi penekanan

21

FST4505

Biopemprosesan Makanan

3(3+0)

Kursus   ini  meliputi sejarah dan tren penggunaan enzim, sumber enzim industri, aplikasi enzim dalam industri makanan dan ramuan makanan, status enzim dalam peraturan makanan, dan isu terkini tentang penggunaan enzim. Kursus ini juga meliputi sejarah dan prinsip fermentasi makanan, jenis fermentasi makanan, kultur pemula, penggunaan mikroorganisma dalam  industri makanan dan ramuan makanan, dan isu terkini dalam penggunaan mikroorganisma

22

FST4607

Toksikologi Makanan

3(3+0)

Kursus ini meliputi pembelajaran tentang aspek-aspek asas kimia dan biologi dalam toksikologi makanan, biotransformasi, penilaian risiko, bahan toksik semulajadi, bahan pencemar, dan aditif makanan. Peranan dan kesan sampingan bahan-bahan tersebut dalam sistem makanan akan juga diliputi. Kursus ini juga meliputi perkaitan di antara bahan kimia dalam makanan dan mekanisma pembentukan kanser dalam makanan akan turut dibincangkan

23

FST4608

Keselamatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkum keselamatan  kimia  makanan. Ini merangkumi konsep dan ciri keselamatan makanan,  prinsip toksikologi, bencana kimia termasuk kontaminan semulajadi dan kontaminan yang terhasil dari pemprosesan makanan, aditif makanan, alergen makanan, kaedah penilaian keselamatan makanan di dalam makmal, teknik epidemiologi, penilaian risiko, dan isu semasa

24

FST4609

Perundangan Makanan

2(2+0)

Kursus ini meliputi perundangan makanan di Malaysia merangkumi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 termasuk pentadbiran dan penguatkuasaan, perlantikan juruanalisis dan pegawai penguatkuasa, kuasa dan prosedur persampelan, piawaian, pembungkusan dan   pelabelan  makanan,  aditif dan zat makanan, kuasa    membuat peraturan, pendakwaan serta penarikan semula produk.  Kursus ini juga meliputi undang-undang Malaysia lain yang berkaitan dengan industri makanan seperti Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Juruanalisis Makanan 2011, peranan Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja, Codex Alimentarius dan pergerakan pengguna

25

FST4610

Pengurusan Kualiti Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkum konsep kualiti dan aplikasi Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan,  Sistem Pengurusan Kualiti Makanan, dan Pengurusan Kualiti Menyeluruh oleh industri makanan.  Kursus ini juga meliputi permasalahan pengurusan kualiti dan cadangan penyelesaiannya bagi meningkatkan  kualiti makanan

26

FST4705

Makanan Fungsian

3(3+0)

Kursus   ini   meliputi   sebatian   fungsian  dalam makanan, prospek masa hadapan makanan fungsian, kebaikannya kepada kesihatan dan mekanisma yang dicadangkan, kebolehdapatanbio, kawalan kualiti dan piawaian, kajian keberkesanan, isu keselamatan dan status peraturan makanan

27

FST4828

Pembangunan Produk Makanan Baharu

3(1+2)

Kursus ini memperkenalkan prinsip dan teknik pembangunan produk makanan baharu yang diamalkan di industri makanan meliputi peranan dan kepentingan perkembangan produk baharu dalam syarikat pengeluaran makanan, takrifan produk, penjanaan idea, tinjauan pengguna, penilaian dan penyaringan idea. Kursus ini juga meliputi kaedah membina konsep produk, merancang  projek, menghasilkan prototaip, menguji dan mengenalpasti kecacatan produk, menyelesaikan masalah serta perancangan dan pengurusan projek

28

FST4830

Teknologi Pemprosesan Hasilan Tumbuhan

3(2+1)

Kursus ini merangkum teknologi pemprosesan hasilan tumbuhan dan meliputi perubahan fisiko-kimia dan biokimia lemak dan minyak, buah dan sayur, kekacang dan bijirin, semasa pengendalian, pemprosesan dan penyimpanan.

29

FST4831

Teknologi Pemprosesan Hasilan Haiwan

3(2+1)

Kursus ini merangkum teknologi pemprosesan hasilan haiwan dan meliputi perubahan fisiko-kimia dan biokimia daging, makanan laut dan tenusu semasa pengendalian dan pemprosesan dan penyimpanan

30

FST4832

Penilaian Deria Makanan

2(1+1)

Kursus ini merangkum konsep penilaian deria serta kegunaannya, kaedah penilaian deria, pemilihan dan latihan ahli panel, format dan tatacara memperolehi data, penyediaan dan persembahan sampel, faktor mempengaruhi pengukuran penilaian deria, pengujian pengguna dan analisis data

31

FST4833

Pengendalian  Lepastuai Buahan dan Sayuran

3(2+1)

Kursus ini memperkenalkan tentang pengendalian lepastuai buahan dan sayuran meliputi  perubahan biokimia dan biofisikal lepastuaiaktiviti pengendalian lepastuai, kriteria kualiti dan indeks kematangan, kaedah rawatan, peranan dan kesan pembungkusan, suhu dan kelembapan relatif. Kursus ini juga meliputi pembaziran lepastuai dan gangguan fisiologi semasa penstoran buahan dan sayuran

32

FST4834

Teknologi Lemak dan Minyak

3(2+1)

Kursus ini merangkum kimia dan teknologi minyak dan lemak yang meliputi komposisi dan ciri pelbagai jenis kumpulan, teknologi pemprosesan, analisis lemak dan minyak, ciri fizikal lemak, minyak dan produk terbitan lemak, tindakbalas kerosakan lemak dan minyak, teknologi modifikasi minyak, teknologi pembuatan produk minyak, lemak dan lemak khusus, aspek persekitaran pemprosesan lemak dan minyak serta kajian kes

33

FST4835

Teknologi  Bijirin dan Kekacang

3(2+1)

Kursus ini merangkum teknologi bijirin dan kekacang yang meliputi penggunaan, penghasilan dan penilaian kualiti bijirin dan kekacang serta hasilannya, isu semasa dan penemuan baru.

34

FST4836

Teknologi Tenusu

3(2+1)

Kursus ini meliputi komposisi susu, fisiologi laktasi, pemprosesan susu cair, hasilan susu cair dan pekat, klasifikasi dan terminologi krim, mentega dan AMF, klasifikasi dan terminologi aiskrim, pemprosesan yogurt, keju dan susu tepung,  sistem sanitasi dan nyahinfeksi dan penemuan terbaru dalam teknologi tenusu.

35

FST4837

Teknologi  Minuman

3(2+1)

Kursus ini merangkum klasifikasi minuman, kaedah pemprosesan jus buah-buahan, minuman kopi dan teh, minuman berkarbonat, minuman fungsian dan kesihatan termasuk minuman air botol. Kursus ini juga menekankan mengenai peralatan yang digunakan, ramuan dan fungsi spesifik, kestabilan produk dan  kualiti, aspek peraturan dan spesifikasi produk

36

FST4838

Teknologi Konfeksionari Coklat dan Gula

3(2+1)

Kursus ini merangkumi jenis dan ciri produk konfeksionari,   ramuan dalam pembuatan coklat, pembuatan konfeksi, kualiti  produk coklat, ramuan konfeksi gula dan kualiti, sifat konfeksi  gula dan pembuatan konfeksi lain

37

FST4839

Teknologi Hasilan Akuatik

3(2+1)

Kursus ini merangkum ciri-ciri fisiko-kimia dan biokimia hasilan akuatik, pengendalian selepas penangkapan; prinsip pengawetan pada suhu rendah, teknologi pemprosesan surimi dan hasilannya, hasilan sampingan industri akuatik, teknik pengawetan, proses pengetinan dan pengawalan kualiti makanan akuatik

38

FST4840

Teknologi Daging

3(2+1)

Kursus ini merangkum tren dalam industri daging dan corak pengambilan daging, mekanisma dalam pengecutan otot, penyembelihan haiwan, teknik pengawetan dan pengkiuran, sosej dan hasilan hancur, hasilan bentuk semula, penyalutan hasilan daging, hasilan kering dan separa kering, pembungkusan dan pengedaran hasilan daging

39

FST4959

Disertasi Bacelor

6(0+6)

Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah sains dan teknologi  makanan pada tahap kesukaran yang bersesuaian. Kajian menggabung ilmu dan kemahiran yang diperolehi dari kursus terdahulu menerusi kajian terbimbing. Ia memerlukan pelajar untuk meninjau literature, menyediakan cadangan penyelidikan, menjalankan kajian yang bersesuaian, mengumpul dan menganalisis data, mentafsir dan membincang keputusan penyelidikan dan merumus penemuan kajian

Kemaskini:: 08/09/2021 [wannurain]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXDdEAT~