BACELOR SAINS (PENGAJIAN MAKANAN) | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» AKADEMIK » SINOPSIS KURSUS PRASISWAZAH » BACELOR SAINS (PENGAJIAN MAKANAN)

BACELOR SAINS (PENGAJIAN MAKANAN)

BIL

KOD

NAMA KURSUS

KREDIT

SINOPSIS

 1

FSM4999A dan FSM4999B 

PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR I & II

3(0+3) dan
3(0+3)

Kursus ini merangkumi pelaksanaan projek penyelidikan dan teknik penulisan saintifik. Pelajar perlu menghasilkan penulisan ilmiah secara sistematik.

FSM3001

 

PENGENALAN INDUSTRI MAKANAN

 

   3(3+0)  

Kursus ini merangkumi sejarah dan perkembangan industri makanan. Prinsip sains dan teknologi dalam pemprosesan, penyediaan dan perkhidmatan makanan serta operasi dan pengurusan dalam industri makanan turut dibincangkan.

FSM3101

 

KIMIA DAN FUNGSI RAMUAN MAKANAN

3(2+1)

 

Kursus ini merangkumi peranan, sifat dan aplikasi komponen makanan dalam penghasilan produk. Peranan dan kesan ramuan turut dibincangkan.

 4

FSM3601

 

PENGURUSAN OPERASI DALAM INDUSTRI MAKANAN

 

3(3+0)

 

Kursus ini meliputi aplikasi teknik analitikal dalam industri pembuatan makanan. Penekanan diberi kepada aplikasi teori pemodelan untuk merancang dan membuat keputusan.

FSM4401

 

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN DALAM INDUSTRI MAKANAN

3(2+1)

Kursus ini merangkumi pengurusan sistem maklumat yang meliputi aspek pengurusan, organisasi, penggunaan teknologi, pentadbiran dan pemasaran dalam industri pembuatan makanan.

 6

FSM4502

 

PEMASARAN DAN PENJUALAN DALAM INDUSTRI MAKANAN

 

3(3+0)

 

Kursus ini merangkumi prinsip pemasaran dan gelagat pengguna dalam industri pembuatan makanan. Aktiviti perancangan pemasaran dan penjualan turut dibincangkan.

7

FSM4601

 

PENGURUSAN STRATEGIK DALAM INDUSTRI MAKANAN

3(3+0)

 

Kursus ini merangkumi prinsip pengurusan strategik dalam industri pembuatan makanan. Proses membangunkan strategi untuk industri pembuatan makanan juga diberi penekanan.

FSM4658

 

ISU SEMASA DALAM PERNIAGAAN MAKANAN

3(3+0)

 

Kursus ini merangkumi perbincangan mengenai isu semasa dalam industri makanan. Cadangan dan tindakan penyelesaian untuk isu semasa turut diberi penekanan.

FSM4801

 

SEMINAR

 

1(0+1)

 

Kursus ini merangkumi persediaan dan teknik pembentangan berkesan. Pelajar perlu membentang penemuan projek penyelidikan yang telah dijalankan.

 10

FST3113

 

PERUBAHAN PEMAKANAN DALAM MAKANAN

 

3(3+0)

 

Kursus ini meliputi sumbangan dan kepentingan nutrien ke atas kesihatan, pemakanan untuk golongan tertentu dan penilaian status pemakanan. Perubahan kualiti nutrien semasa pemprosesan dan penstoran makanan turut dibincangkan.

 11

FST3201

 

MIKROBIOLOGI MAKANAN ASAS

 

 3 (2+1)           

Kursus ini merangkumi semua aspek pengenalan kepada mikrobiologi, sifat,  pengkelasan, struktur dan fungsi mikroorganisma. Teknik asas makmal dan mikroskopi turut diberi penekanan. 

 12

FST3304

 

OPERASI UNIT PEMPROSESAN MAKANAN 1

 

4(3+1)

 

Kursus   ini   meliputi    prinsip-prinsip    operasi    unit fizikaldan sampingan dalam pemprosesan makanan. Ini termasuk pengecilan saiz dan penurasan pepejal, penghomogenan dan pengemulsian, pencampuran, teknik pemisahn dan pengekstrakan. Teknik yang berkaitan dengan makanan terproses seperti pembungkusan, penyempritan dan pembentukan juga akan dibincangkan.

13

FST3305

OPERASI UNIT PEMPROSESAN MAKANAN  II

 

3(2+1)

 

Kursus  ini  meliputi  prinsip operasi unit pengawetan dalam pemprosesan makanan,  teknik pengawetan seperti pemprosesan, terma, pengawetan suhu rendah, pengeringan, penyejatan dan pemekatan, pemprosesan tekanan tinggi dan penyinaran makanan.

14

FST3401

 

ASAS KEJURUTERAAN MAKANAN

3(2+1)

 

Kursus   ini    meliputi    pengenalan  kepada kejuruteraan makanan, unit dan dimensi,  analisis   dimensi,  imbangan jisim dan tenaga,termodinamik  dan  refrigerasi, aliran bendalir,pemindahan haba dan jisim pemindahan haba tak mantap, psikrometri. Amali yang dijalankan menekankan prinsip asas kejuruteraan makanan.

15 

FST4001

MAKANAN HALAL          

 

2(2+0)

 

Kursus ini  meliputi  konsep makanan halal dan haram dalam Islam, sumber makanan halal dan haram,   kaedah penyembelihan, konsep pemprosesan makanan halal dari ladang ke pinggan, ramuan dan aditif makanan halal. Kursus ini juga membincangkan peraturan dan perundangan berhubung dengan makanan halal, analisis, piawaian makanan halal MS1500:2004, pensijilan dan logo halal, kaitan halal dan sistem kualiti dan insentif produk halal. Isu semasa dalam industri dan pasaranmakanan halal global juga akan dibincangkan.

16 

FST4406

REKA BENTUK PROSES DAN LOJI MAKANAN

 4(4+0)

Kursus ini meliputi  prinsip dan  prosedur dalam membangun dan merencana loji dalam industri makanan, perkembangan proses dan projek makanan, penilaian proses dan loji makanan, penilaian projek dan pelaburan, pemilihan dan spesifikasi alatan, pemilihan tapak dan susun atur loji, pengurusan projek makanan, pengurusan sistem kawalan kualiti dan keselamatan proses dan loji makanan, kajian kes perancangan perniagaan projek makanan.

 17

FST4504

 

MIKROBIOLOGI INDUSTRI MAKANAN

 

4(3+1)

 

Kursus ini meliputi prinsip fermentasi dan kegunaan mikroorganisma dalam industri makanan. Teknologi fermentasi dalam industri makanan dan pengkomersialan produk turut dibincangkan.

 18

FST4823

 

KEBERSIHAN MAKANAN DAN SANITASI

 

3(3+0)

 

Kursus ini merangkumi prinsip kebersihan dan sanitasi dalam industri pembuatan dan penyediaan makanan. Reka bentuk bersih dan konsep Cleaning-In-Place (CIP) turut dibincangkan.

 19

FST4824

 

PENGURUSAN KUALITI MAKANAN

 

3(3+0) 

 

Kursus ini merangkumi konsep sistem pengurusan kualiti dan keselamatan makanan dalam industri makanan. Penilaian keberkesanan dan aplikasi statistik dalam kawalan proses tururt dibincangkan.

20

FST4825

PERUNDANGAN MAKANAN

 

2(2+0)

Kursus   ini   meliputi    perundangan    makanan   di  Malaysia merangkumi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 termasuk pentadbiran dan penguatkuasaan, perlantikan juruanalisis dan pegawai penguatkuasa, kuasa dan prosedur persampelan, piawaian, pembungkusan dan  pelabelan  makanan, aditif dan zat makanan, kuasa membuat peraturan, pendakwaan serta pemanggilan balik produk. Undang-undang Malaysia lain yang berkaitan dengan industri makanan, peranan Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja, Codex Alimentarius dan pergerakan pengguna juga akan dibincangkan.

 21

FST4826

 

PEMPROSESAN  HASILAN TUMBUHAN DAN HAIWAN

 

4(3+1)

 

Kursus ini merangkumi komposisi kimia serta perubahan sifat fiziko-kimia hasilan tumbuhan dan haiwan semasa pengendalian dan pemprosesan. Teknologi penghasilan dan analisis kualiti berkaitan pelbagai hasilan berasaskan tumbuhan dan haiwan turut diberi penekanan dalam amali yang dijalankan.

22

 FST4829            

 

PENILAIAN DERIA MAKANAN

 

3(2+1)

 

Kursus ini merangkumi konsep penilaian deria serta kegunaannya, kaedah penilaian deria, pemilihan dan latihan ahli panel, format dan tatacara memperolehi data, penyediaan dan persembahan sampel, faktor mempengaruhi pengukuran penilaian deria, pengujian pengguna dan analisis data.

 23

FST4901

 

LATIHAN INDUSTRI

 

12 (0+12)

 

Kursus ini meliputi latihan industri selama 24 minggu di agensi kerajaan atau beberapa syarikat atau kilang industri yang terpilih. Latihan dikendalikan bersama oleh penyelaras dan seorang penyelia atau pengurus dari agensi atau syarikat atau kilang tersebut.

24

FST4914

 

KEJURUTERAAN SISA INDUSTRI MAKANAN

 2(2+0)

Kursus  ini  merangkumi  kejuruteraan  sisa  industri makanan  meliputi sumber dan klasifikasi sisa industri, masalah pengurusan sisa, proses rawatan       sisa secara fizikal dan kimia, integrasi proses fizikal dan biologi, proses rawatan sisa secara terma, dan strategi pengurangan sisa.

 

 

Kemaskini:: 07/09/2021 [zurainy]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXETHAh~