MASTER TEKNOLOGI MAKANAN (SECARA KERJA KURSUS) | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» AKADEMIK » SINOPSIS KURSUS SISWAZAH » MASTER TEKNOLOGI MAKANAN (SECARA KERJA KURSUS)

MASTER TEKNOLOGI MAKANAN (SECARA KERJA KURSUS)

MFT

 

KURSUS WAJIB

 

NO. KOD KURSUS KREDIT SINOPSIS
1.

FST5002

Kaedah Penyelidikan Dan Statistik Dalam Sains Dan Teknologi Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi konsep dan kaedah statistik untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi makanan. Reka bentuk eksperimen dan analisis data yang sesuai untuk kajian kes berkaitan sains dan teknologi makanan dibincangkan. Penggunaan perisian statistik juga diberi penekanan.

2.

FST5003

Falsafah Sains Halal

3(3+0) 

Kursus ini  merangkumi  falsafah dan konsep halal dan haram mengikut perspektif syariah dan kaitannya dengan sains. Perbincangan merangkumi persoalan asas halal dan haram serta aplikasinya dalam keseluruhan peringkat rantaian bekalan produk makanan dan bukan makanan.  Ini meliputi struktur industri halal, pasaran halal, perundangan dan peraturan pensijilan halal.

3.

FST5101

Makrokomponen Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi sifat fiziko-kimia makrokomponen makanan termasuk air, karbohidrat, protein dan lipid. Struktur and  sumber makrokomponen makanan serta perubahan sifat fungsian makrokomponen makanan semasa pemprosesan dan penyimpanan serta faktor yang mempengaruhi perubahan tersebut dibincangkan.

4.

FST5206

Mikrobiologi Keselamatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi ekologi mikrob makanan, pengenalpastian dan kawalan mikroorganisma bahaya. Ia mengaitkan isu semasa dalam analisis risiko dan kawalan patogen dan organisma perosak, pendekatan untuk mengekalkan kualiti produk dan piawaian mikrob bagi analisis produk akhir.

5.

FST5304

Teknologi Pembungkusan Makanan

3(3+0)

Kursus ini  merangkumi bahan pembungkus, pembuatan, jenis dan penggunaan, reka bentuk pembungkusan, kawalan kualiti, piawaian dan kaedah ujian serta alatan dan sistem pembungkusan. Peraturan dan undang-undang pembungkusan makanan, serta perkembangan semasa dan masa depan pembungkusan makanan juga dibincangkan.

6.

FST5401

Kejuruteraan Dan Pemprosesan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip serta aplikasi operasi unit termasuk pra-pemprosesan, operasi penukaran dan pengawetan bagi penghasilan produk makanan. Penggunaan pelbagai kaedah kejuruteraan dalam pemprosesan makanan diberi penekanan. Kajian kes komoditi makanan tertentu juga dibincangkan.

7.

FST5403

Reka Bentuk Proses Dan Loji Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip dan prosedur dalam reka bentuk proses dan loji makanan. Hubung kait kaedah pemprosesan dan reka bentuk proses dan loji diberi penekanan. Penyelesaian kebolehharapan ekonomi dan kajian kes komoditi terpilih juga dibincangkan.

8.

FST5404

Amali Teknologi Makanan

2(0+2)

Kursus ini merangkumi latihan amali dalam teknologi pemprosesan produk berasaskan tumbuhan dan haiwan serta memberi pendekatan secara praktik untuk mengaitkan kesan pelbagai ramuan, aditif makanan dan jenis-jenis alatan pemprosesan ke atas atribut kualiti produk makanan.

9.

FST5601

Pemastian Kualiti Makanan

3(3+0)

Kursus ini membincangkan konsep dan aplikasi pengurusan pemastian kualiti, dari ladang ke meja, yang berkaitan dengan industri pembuatan  makanan dan rantaian bekalan makanan. 

10.

FST5802

Inovasi Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi kepentingan perkembangan dan inovasi produk serta strategi untuk membangunkan produk. Pelbagai pendekatan dalam menginovasi produk berdasarkan ekspektasi pengguna diberi penekanan. Kajian kes produk baharu terpilih juga dibincangkan.

11.

FST5999

Disertasi

6(0+6)

Kursus ini merangkumi penyediaan cadangan, pelaksanaan dan penulisan saintifik untuk projek penyelidikan teknologi makanan. Disertasi mestilah berkaitan dengan teknologi makanan dan boleh berbentuk penyelidikan dan pembangunan praktikal/ di makmal  atau di industri makanan. Laporan akhir disertasi perlu disediakan. Pelajar perlu membuat pembentangan hasil kajian yang dijalankan secara lisan.

 

KURSUS ELEKTIF

 

NO. KOD KURSUS KREDIT SINOPSIS
1.

FST5302

Teknologi Kini Dalam Pemprosesan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi trend, pemilihan dan aplikasi teknologi terkini dalam pemprosesan makanan dengan penekanan kepada pemprosesan tak terma, bersepadu dan hiliran. Kajian kes teknologi untuk komoditi makanan terpilih juga dibincangkan.

2.

FST5303

Jangka Hayat Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi konsep penentuan jangka hayat makanan dan peranannya. Pelbagai pendekatan penentuan jangka hayat makanan diberi penekanan. Kajian kes ke atas jangka hayat beberapa produk makanan terpilih turut dibincangkan.

3.

FST5305

Teknologi Lipid Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi komposisi, sifat fiziko-kimia dan pelbagai analisis produk lipid. Teknologi pemprosesan yang berkaitan dalam penghasilan pelbagai produk lipid dibincangkan. Aplikasi dan  sifat fungsian lipid dalam produk makanan juga diberi penekanan.

4.

FST5307

Kimia Dan Teknologi Kanji

3(3+0)

Kursus ini merangkumi sifat fizikal, kimia dan fungsian kanji dan kanji terubahsuai. Teknologi dan aplikasi kanji dan kanji terubah suai dalam pemprosesan makanan turut dibincangkan. Kajian kes berkaitan penggunaan kanji dalam makanan diberi penekanan.

5.

FST5402

Sifat Fizik Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip dan pengukuran pelbagai sifat fizik makanan yang penting dalam pengendalian, penyediaan, pemprosesan, pengawetan, penstoran dan pengedaran makanan. Perkembangan terkini dalam kaedah pengukuran sifat fizik makanan juga dibincangkan.

6.

FST5502

Biopemprosesan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi konsep biopemprosesan makanan dan pembangunan teknologi hijau. Penggunaan biomangkin dan  mikroorganisma dalam pengeluaran makanan dan metabolit untuk industri makanan diberi penekanan. Isu semasa berkaitan biomangkin juga dibincangkan.

7.

FST5602

Pengurusan Keselamatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini  merangkumi konsep dan prinsip dalam HACCP dan analisis risiko bahaya mikrobiologi, kimia dan fizikal dalam makanan. Kaedah pengurangan bahaya dalam makanan juga dibincangkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemaskini:: 23/01/2024 [lilytahnani]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXETLAA~