MASTER SECARA KERJA KURSUS | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» AKADEMIK » SISWAZAH » MASTER SECARA KERJA KURSUS

MASTER SECARA KERJA KURSUS

MASTER REKA BENTUK MAKANAN FUNGSIAN (MFFD)

 

PENGENALAN

 

Master Reka Bentuk Makanan Fungsian (MFFD) bukan sahaja akan memberi pengetahuan mendalam kepada pelajar malah dapat melahirkan profesional/tenaga pakar yang dapat membina/mencipta dan menginovasi makanan dengan fungsi yang spesifik seterusnya memperbaiki kesihatan, kesejahteraan dan mengurangkan risiko penyakit.

Program ini juga mengabungkan pensyarah yang berpengalaman dan berkepakaran dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan serta wakil dari industri makanan.

 

MATLAMAT

Pelajar akan dilatih untuk mencipta dan menginovasikan makanan fungsian dengan kebaikan kesihatan yang spesifik yang mempunyai permintaan yang tinggi pada masa kini.

 

OBJEKTIF

Melahirkan pakar yang:

  • berpengetahuan dan berkemahiran teknikal yang mampu menyumbang kepada pembangunan makanan fungsian dan reka bentuk produk.
  • mampu menyelesaikan isu-isu semasa dalam bidang reka bentuk makanan fungsian sejajar dengan kemajuan pembangunan global.
  • mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang reka bentuk makanan fungsian secara kreatif, inovatif dan beretika dalam meningkatkan tahap kesihatan.

  

KURIKULUM

  • Program pengajian adalah selama tiga semester (1 ½ tahun) atau enam (6) semester (3 tahun pengajian maksimum.
  • Master Reka Bentuk Makanan Fungsian mengandungi kursus teras, kursus elektif dan disertasi.
  • Pelajar perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 42 kredit untuk bergraduat.
  • Kuliah akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris selepas waktu berkerja (6.30pm-9.30pm) pada hari berkerja.

 

 

Download Brochure

 

MASTER TEKNOLOGI MAKANAN (MFT)


PENGENALAN

Sarjana Teknologi Makanan (MFT) adalah sebuah program pascasiswazah secara kerja kursus yang mempunyai semua komponen yang diperlukan untuk ditawarkan kepada mereka yang berminat dalam industri makanan yang menawarkan peluang pekerjaan. Tujuan utamanya adalah untuk menyediakan pelajar dengan pemahaman mendalam mengenai industri makanan.

 

MATLAMAT

  • Menekankan perkembangan semasa berkaitan teknologi pemprosesan makanan yang mampan dalam industri makanan, peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Akan menghasilkan modal insan yang dapat memenuhi jangkaan pasaran kerja, menjadi inspirasi negara, menjadi serba boleh dan berdaya saing

 

OBJEKTIF

  • Menghasilkan graduan yang kritikal dan analitikal dalam pemikiran pengetahuan yang mantap dalam bidang teknologi makanan dengan penekanan pemprosesan dan kejuruteraan makanan bagi terus menyokong kemajuan industri makanan di Malaysia
  • Kurikulum dalam program ini menekankan kedua-dua aspek teori dan praktikal di mana pemikiran kritikal, pembelajaran berterusan, etika, moral profesional, kemahiran komunikasi, serta kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan adalah bahagian yang penting daripada sistem pembelajaran. Pelajar dikehendaki menyediakan disertasi dan penemuan saintifik dalam bentuk seminar dan tulisan ilmiah
  • Kandungan kursus adalah dibentuk selari dengan perkembangan teknologi makanan yang melibatkan aplikasi pengetahuan seperti inovasi makanan, reka bentuk proses dan loji makanan, teknologi kini dalam pemprosesan makanan, kejuruteraan dan pemprosesan makanan

 

KURIKULUM

  • Distruktur dalam tiga semester (1 tahun) bagi pelajar yang tidak mengambil kursus prasyarat dan empat semester (1 ½ tahun) bagi pelajar yang perlu mengambil kursus prasyarat.
  • Diajar dalam Bahasa Inggeris.
  • Pelajar perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 41 kredit untuk bergraduat; meliputi 35 jam kredit bagi Kursus Teras (termasuk 6 jam kredit bagi Disertasi) dan 6 jam kredit bagi Kursus Elektif.
  • Kuliah akan dijalankan selepas waktu berkerja (6.30 petang - 9.30 malam) pada hari bekerja. Sesi makmal akan dijalankan pada hari Sabtu 9.00 pagi – 12.00 tengahari (Semester 2).

  

  Kursus Teras 29 credits
  Kursus Elektif 6 credits
  Disertasi 6 credits
  Jumlah 41 credits

 

 

 

Download Brochure (MFT)

 

MASTER KESELAMATAN DAN PEMASTIAN KUALITI MAKANAN (MFS)


PENGENALAN

 

Master Keselamatan dan Pemastian Kualiti Makanan (MFS) merupakan program pascasiswazah yang mengintegrasi pengetahuan secara holistik dan komprehensif. Program in berperanan mengukuhkan sektor kerajaan, industri makanan dan pemegang taruh dalam memastikan makanan yang dihasilkan bebas dari bahan cemar biologi, kimia dan fizikal.

 

MATLAMAT

 

  • Memfokus kepada latihan dalam bidang keselamatan dan pemastian kualiti makanan yang meluas bagi melahirkan modal insan yang menjadi penggerak industri makanan tempatan
  • Melahirkan modal insan yang dapat memenuhi kehendak pasaran, menjadi aspirasi negara, serba boleh dan kompetitif

 

OBJEKTIF

 

  • Melahirkan graduan yang mempunyai pemikiran kritikal dan analitikal serta berpengetahuan kukuh dalam bidang sains makanan dengan berfokuskan kepada keselamatan dan pemastian kualiti makanan bagi mendokong perkembangan industri makanan di Malaysia
  • Kurikulum dalam program ini mengutamakan aspek teori dan praktikal di mana pemikiran kritikal, pembelajaran sepanjang hayat, etika dan moral profesional, kemahiran komunikasi, kepemimpinan dan kemahiran bekerja dalam kumpulan adalah sebahagian penting sistem pembelajaran. Pelajar diwajibkan menghasilkan disertasi dan membentangkan hasil kajian dalam bentuk seminar dan penulisan ilmiah
  • Kandungan kursus dibentuk selari dengan perkembangan terkini teknologi semasa dalam bidang sains makanan merangkumi aplikasi dalam inovasi makanan, toksikologi keselamatan makanan, teknologi terkini dalam diagnostik makanan serta peraturan dan piawaian keselamatan makanan

 

KURIKULUM

  • Dilaksanakan dalam tiga semester (1 ½ tahun) bagi pelajar yang tidak mengambil kursus prasyarat dan empat semester (2 tahun) bagi pelajar yang perlu mengambil kursus prasyarat.
  • Diajar dalam Bahasa Inggeris.
  • Pelajar wajib memenuhi sekurang-kurangnya 42 kredit untuk bergraduat yang merangkumi: 36 jam kredit kursus teras (termasuk 6 kredit Disertasi) dan 6 jam kredit kursus elektif.
  • Kuliah dijalankan selepas waktu pejabat (6:30 petang – 9.30 malam) pada hari bekerja. Sesi amali diadakan pada hari Sabtu 9:00 pagi – 12 tengahari (Semester 2).

 

  Kursus Teras 30 credits
  Kursus Elektif 6 credits
  Disertasi 6 credits
  Jumlah 42 credits

 

 

 

Download Brochure (MFS)

 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM MFT/MFS/MFFD

PO HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
PO1 Menunjukkan kepakaran dalam bidang berkenaan.
PO2 Mengaplikasikan kemahiran praktikal dalam bidang berkenaan.
PO3 Menghasilkan penyelesaian kepada permasalahan menggunakan kemahiran saintifik dan pemikiran kritikal.
PO4 Menunjukkan kualiti kepimpinan melalui komunikasi dan kerjasama berkesan di kalangan rakan dan pihak berkepentingan.
PO5 Mengaitkan idea terhadap isu masyarakat.
PO6 Menjalankan penyelidikan dengan penyeliaan minimum dan patuh kepada perundangan, etika dan kod amalan profesional.
PO7 Menguruskan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat.

 

  

SYARAT KEMASUKAN

 

PROGRAM IJAZAH MASTER SECARA KERJA KURSUS

Pemohon hendaklah mempunyai:

Calon Tempatan

  • Calon perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan mendapat PNGK minimum 2.750 atau yang setara, seperti yang diterima oleh Senat UPM, atau
  • Calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK 2.500 – 2.749 boleh diterima, tertakluk kepada penilaian dalaman yang teliti oleh pihak fakulti, atau
  • Calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK 2.000 – 2.499 boleh diterima, tertakluk kepada penilaian dalaman yang teliti oleh pihak fakulti.
  • Bagi calon di luar bidang atau tiada pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon, calon perlu menduduki kursus prasyarat yang sesuai seperti yang ditetapkan oleh pihak fakulti dan seterusnya memenuhi syarat PNGK minimum.
  • Bagi calon yang tidak mempunyai kelulusan akademik formal, calon perlu memenuhi Kelayakan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL A) iaitu berumur sekurang-kurangnya 30 tahun pada tarikh permohonan, memiliki kelayakan Diploma dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan Senat Universiti dan memiliki Sijil Perakuan APEL MQA dengan Taraf 7 MQF.
  • Pelajar tahun akhir program pengajian Ijazah Sarjana Muda juga boleh dipertimbangkan untuk kemasukan bersyarat dengan PNGK atau kelayakan terkini yang memenuhi syarat kemasukan program Master.

 

Calon Antarabangsa

Calon antarabangsa mesti mempunyai kelulusan setara seperti di atas dan mengemukakan dokumen berkaitan untuk pertimbangan Senat.

Semua calon antarabangsa dari negara di mana Bahasa Inggeris bukan bahasa penghantar perlu memperoleh markah minimum sebanyak 550 bagi TOEFL atau aras 6.0 bagi IELTS.

 

YURAN

Yuran Pelajar Tempatan Pelajar Antarabangsa
Yuran Asas (Semester Pertama) RM1,425.00 RM2,475.00
Yuran Asas (Semester Kedua & Seterusnya) RM1,1750.00 RM2,225.00
Yuran (Setiap Kredit)

RM275.00 (MFT)

RM370.00 (MFS & MFFD)

RM500.00

 

  Yuran Untuk Pelajar Tempatan
  https://sgs.upm.edu.my/upload/dokumen/20210802102411TUITION_FEE_-_LOCAL_30.7.21_2.pdf
   
  Yuran Untuk Pelajar Antarabangsa
  https://sgs.upm.edu.my/upload/dokumen/20210730105212TUITION_FEE_-_INTERNATIONAL_30.7.21.pdf
   
  Kaedah Pembayaran:
 

1. Electronic Fund Transfer (From Outside Malaysia):

http://www.sgs.upm.edu.my/kandungan/methods_of_payment-30092

2. Make Payment Direct Bank-in at CIMB Bank Berhad:

https://sgs.upm.edu.my/current_students/study_costs_and_method_of_payment/make_payment_direct_bank_in_at_cimb_bank_berhad-58078

3. ONLINE - Make Payment via Cimb Clicks: 

https://sgs.upm.edu.my/current_students/study_costs_and_method_of_payment/online_make_payment_via_cimb_clicks-58079

4. ONLINE - Make Payment via JomPay: 

https://sgs.upm.edu.my/current_students/study_costs_and_method_of_payment/online_make_payment_via_jompay-58081

 

  Untuk Pendaftaran sila klik Apply Now;
  Apply Now

 

  Pegawai yang boleh dihubungi:
   
 

Penyelaras Program MFT
Dr. Rozzamri bin Ashari
Pejabat: C3-30, Tingkat 3, Food 4
Tel: 603-9769 8390
Email:  rozzamri@upm.edu.my

   
  Penyelaras Program MFS
Dr. Noor Azira binti Abdul Mutalib
Pejabat: 140, Tingkat 1, Food 1
Email: n_azira@upm.edu.my
   
  Penyelaras Program MFFD
Prof. Dr. Faridah binti Abas
Pejabat: C3-11, Third Floor, Food 4
Tel: 603-9769 8343
Email: 
faridah_abas@upm.edu.my
   
  Pegawai Eksekutif
Nur Syafiqah Binti Noorhadi
Pejabat: Tingkat 1, Food 5
Tel: 603-9769 4584
Email: nur.syafiqah@upm.edu.my

 

 

Kemaskini:: 23/01/2024 [lilytahnani]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXDcVAm~