Tajuk Acara
JEMPUTAN KE SESI PERKONGSIAN PROJEK KOMUNITI BERIMPAK TINGGI (5 BINTANG)
Tarikh
04 Feb 2026 - 04 Feb 2026
Lokasi
BKS 1, FOOD 5, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Ringkasan Acara
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) akan menganjurkan satu sesi perkongsian yang bertujuan memberi pendedahan mengenai pengurusan dan pelaksanaan projek komuniti berimpak tinggi. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 4 Februari 2026 (Rabu)
Masa: 8.45 pagi - 11.30 pagi
Tempat: BKS 1, Food 5, FSTM
Penceramah Utama: Prof. Dr. Nor Ainy Mahyudin (Ketua Projek Komuniti Berimpak Tinggi 5 Bintang)
Sesi ini bakal membincangkan mengenai Projek Diseminasi Teknologi Produk Kulinari Berasaskan Sisa Nangka serta taklimat ringkas berkaitan pengurusan projek komuniti oleh Timbalan Dekan Pembangunan dan Jaringan (TDPJ).
Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Prof./Tuan/Puan untuk hadir ke sesi ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dalam memperkasakan projek komuniti di masa hadapan.
Kemaskini:: 03/02/2026 [nur_jasni]
PERKONGSIAN MEDIA