LATIHAN KAJIAN KESELAMATAN MAKANAN BERSAMA STAF BKKM, JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » LATIHAN "KAJIAN KESELAMATAN MAKANAN" BERSAMA STAF BKKM, JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR

LATIHAN "KAJIAN KESELAMATAN MAKANAN" BERSAMA STAF BKKM, JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR

Pada 31 Januari dan 1 Februari 2023, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah menjemput pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Makanan untuk memberi latihan kepada staf jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Latihan ini melibatkan elemen kajian keselamatan makanan. Seramai 20 orang peserta telah menghadiri latihan ini di mana kebanyakan mereka adalah merupakan pegawai teknologi makanan di jabatan tersebut.

Pensyarah yang terlibat dalam memberikan latihan ialah Dr. Ungku Fatimah Ungku Zainal Abidin, Dr. Rashidah Sukor, Dr. Noor Azira Abdul Mutalib dan Dr. Sarina Abdul Halim Lim.

Sesi latihan selama 2 hari ini diadakan di Wisma Sunway, Shah Alam, Selangor. Di antara pengisian aktiviti adalah pendedahan terhadap persampelan dan analisis mikrobiologi dan kimia makanan, perlaksanaan kajian Knowledge, Attitude & Practice (KAP) serta analisis data menggunakan perisian SPSS dan penulisan dapatan kajian.

Pihak BKKM memaklumkan bahawa aktiviti latihan ini sangat bermanfaat dan membantu mereka untuk lebih memahami tentang kajian melibatkan keselamatan makanan. Terdapat juga perancangan untuk mengadakan latihan melibatkan sesi hands on pada masa akan datang.

 

Tarikh Input: 02/02/2023 | Kemaskini: 02/02/2023 | suhaiza

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXDdNA7~