LAWATAN AKADEMIK DARI 'PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY', THAILAND | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » LAWATAN AKADEMIK DARI 'PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY', THAILAND

LAWATAN AKADEMIK DARI 'PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY', THAILAND

28 MAC – Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) telah menerima lawatan akademik oleh ‘Prince of Songkla University’ dari Thailand. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta tentang perbezaan pengalaman dan budaya, di samping mencipta rangkaian antarabangsa dan prospek hidup mereka sendiri.

Seramai 19 orang delegasi dari pihak ‘Prince of Songkla University’ yang terdiri daripada pelajar dan pegawai tiba di Bilik Mesyuarat Jalamas, FSTM, pada jam dua petang bagi mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nor Khaizura Mahmud @ Ab Rashid mengenai Fakulti dan kemudahan fasiliti yang disediakan.

Mereka juga dibawa mengunjungi beberapa makmal yang terdapat di fakulti. Antaranya adalah Pusat Bendalir Superkritikal, Loji Perintis Memproses Jus dan Puri, Makmal Mikrobiologi Makanan, dan Makmal Biokimia Makanan.

Semoga hubungan kerjasama ini dapat diteruskan agar pelajar dapat memperluaskan pengalaman mereka di peringkat antarabangsa.

Tarikh Input: 05/04/2023 | Kemaskini: 05/04/2023 | haniesa

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXEZNAb~