PASUKAN B-FLAKES SEBAGAI NAIB JUARA DALAM “NATIONAL MICRO ENTERPRISE PITCHING COMPETITION 2021” | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » PASUKAN B-FLAKES SEBAGAI NAIB JUARA DALAM “NATIONAL MICRO ENTERPRISE PITCHING COMPETITION 2021”

PASUKAN B-FLAKES SEBAGAI NAIB JUARA DALAM “NATIONAL MICRO ENTERPRISE PITCHING COMPETITION 2021”

Melaka 19 Disember 2021 - Dua orang pelajar Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (Tahun 4) dari pasukan B-Flakes telah menempah kejayaan sebagai naib juara bagi Kategori Makanan dan Minuman pada Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah “National Micro Enterprise Pitching Competition (NMEPC)” Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 bertempat di Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

 

Majlis Penutupan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi dan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama (Dr.) Hj Sulaiman Md. Ali, Ketua Menteri Melaka. Kumpulan pelajar yang diwakili oleh saudara Hong Cheng Yue dan saudari Adlina Jamaludin berjaya menambat hati para hakim dengan idea inovasi produk makanan bernama “B-Flakes”, sekali gus membawa pulang hadiah kemenangan naib johan bagi kategori makanan dan minuman bernilai RM2,000 berserta sebuah plak dan sijil. B-Flakes merupakan empingan sarapan pagi yang diperbuat daripada kulit pisang.

 

“Inovasi empingan sarapan pagi dari kulit pisang merupakan langkah inisiatif bagi mengurangkan penghasilan sisa makanan yang menjurus kepada pencemaran alam sekitar.” Kata Hong Cheng Yue. Adlina Jamaludin menambah, “Kulit pisang mempunyai banyak khasiat dan telah dibuktikan melalui kajian, jadi kulit pisang harus dimanfaatkan dengan sepenuhnya”.

 

Pelaksanaan Program “National Micro Enterprise Pitching Competition 2021” yang merupakan anjuran kerjasama Kementerianan Peklajaran Tinggi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bertujuan untuk memberikan pendedahan dan menggalakkan penubuhan syarikat yang berteraskan teknologi dan inovasi dalam kalangan pelajar.

Tarikh Input: 23/12/2021 | Kemaskini: 23/12/2021 | wannurain

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXEUUA7~