Innovations Of Biotechnology For Food Safety And Food Security | FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
» NEWS » Innovations of Biotechnology for Food Safety and Food Security

Innovations of Biotechnology for Food Safety and Food Security

14 November 2018 - Dr. Rashidah Sukor telah dijemput sebagai Penceramah Jemputan (Invited Speaker) untuk berkongsi kepakaran dan membentangkan topik bertajuk “Innovations of Biotechnology for Food Safety and Food Security” di konferensi antarabangsa ‘International Conference on Food Science and Technology 2018 (FOSciTech)’. Konferensi ini dianjurkan oleh Universitas Mercu Buana Yogjakarta.  Sejak kebelakangan ini, isu keselamatan dan sekuriti makanan sedang rancak dibicarakan dan menjadi salah satu isu utama di peringkat global. Makanan bukan hanya perlu dibekalkan dengan cukup untuk menampung populasi dunia yang meningkat, malah makanan juga harus bebas dari bahan pencemar yang boleh mengakibatkan risiko kesihatan kepada pengguna. Melihat kepentingan ini, Universitas Mercu Buana, Yogjakarta menganjurkan konferensi antarabangsa ‘International Conference on Food Science and Technology 2018 (FOSciTech)’ yang bertujuan untuk: (i) Merumuskan arah dan strategi kejuruteraan transformatif ke arah pengukuhan kedaulatan makanan nasional berdasarkan kebijaksanaan tempatan, dalam bidang teknologi, sosio-budaya, dan ekonomi-politik; (ii) Menggalakkan penyebaran minda, penyelidikan, dan pemulihan kebijaksanaan tempatan dalam mengukuhkan kedaulatan makanan kebangsaan. Seramai tiga lagi pakar dari pelbagai bidang sekuriti makanan telah membentangkan hasil penyelidikan dan kepakaran mereka termasuk Prof. Ben White dari Erasmus University-Netherland, Prof. Rindit Pambayun dari Universiti Sriwijaya dan Prof. Mochammad Maksum Machfoedz dari Universiti Gadjah Mada, Indonesia. Konferensi ini telah dihadiri oleh lebih kurang seratus orang peserta dari dalam dan luar negara.

 

Peserta konferensi ini juga berkesempatan melawat Kampung Batik Giriloyo untuk melihat secara dekat proses pembuatan batik lukis tradisional. Peserta juga berkunjung ke Bumi Langit di Imogiri, Bantul, Yogjakarta, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan oleh Bapak Iskandar Waworuntu yang berasal dari Menado, Indonesia. Pak Iskandar memeluk agama Islam sejak tahun 2000 dan menubuhkan Bumi Langit pada tahun 2006 dengan misi untuk melaksanakan aspek kehidupan Islam melalui pembangunan kemanusiaan dan masyarakat yang adil, mampan, kasih sayang, diberkati dan bebas riba melalui kedaulatan pertanian, tenaga dan kewangan. Peserta memperolehi ilmu yang bermanfaat dan dapat diaplikasi di dalam kehidupan seharian.

Date of Input: 31/01/2019 | Updated: 31/01/2019 | wannurain

MEDIA SHARING

FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXEUBAU~