LAWATAN DARIPADA UNIVERSITAS AIRLANGGA, INDONESIA | FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
» NEWS » LAWATAN DARIPADA UNIVERSITAS AIRLANGGA, INDONESIA

LAWATAN DARIPADA UNIVERSITAS AIRLANGGA, INDONESIA

14 Disember – Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) telah menerima kunjungan hormat daripada Universitas Airlangga, Indonesia.
 
Universitas Airlangga telah diwakili oleh Prof. Ir. Mochammad Amin Alamsjah, Dekan Fakulti Perikanan dan Marin bersama dua pensyarah iaitu Dr. Laksmi Sulmartiwi dan Dwi Yuli Pujiastuti.
 
Turut hadir bersama adalah Prof. Madya. Dr. Rabiha binti Haji Sulaiman, Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan dan Inovasi), Dr. Noor Azira binti Abdul Mutalib dan Puan Norazlindawati binti Hashim.
 
Lawatan ini bertujuan untuk membina kolaborasi antarabangsa antara kedua-dua Universiti. Di antara fokus dalam perbincangan adalah peluang melanjutkan pelajaran dalam program Master dan PhD, pelaksanaan program mobiliti staf dan pelajar serta kerjasama dalam projek penyelidikan.
 
Para delegasi telah dibawa melawat ke beberapa fasiliti fakulti iaitu Makmal Kromatografi, Pusat Pembelajaran Pengekstrakan Bendalir Lampau Genting dan Pusat Pembelajaran Loji Memproses Produk Daging.
 
Lawatan telah diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati daripada kedua-dua pihak.
 
   

Date of Input: 15/12/2022 | Updated: 15/12/2022 | lilytahnani

MEDIA SHARING

FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXEYOAY~