SESI PEMINDAHAN ILMU: DEMONSTRASI HIGH PRESSURE PROCESSING (HPP) BERSAMA STAF MALAYSIAN AGRICULTURE RESEARCH AND DEVELOPMENT INSTITUTE (MARDI) | FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
» NEWS » SESI PEMINDAHAN ILMU: DEMONSTRASI HIGH PRESSURE PROCESSING (HPP) BERSAMA STAF MALAYSIAN AGRICULTURE RESEARCH AND DEVELOPMENT INSTITUTE (MARDI)

SESI PEMINDAHAN ILMU: DEMONSTRASI HIGH PRESSURE PROCESSING (HPP) BERSAMA STAF MALAYSIAN AGRICULTURE RESEARCH AND DEVELOPMENT INSTITUTE (MARDI)

SERDANG, 10 Februari 2026 – Jabatan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan telah menganjurkan satu sesi pemindahan ilmu iaitu demonstrasi teknologi High Pressure Processing (HPP) bersama seramai 50 orang staf daripada Malaysian Agriculture Research and Development Institute (MARDI), yang terdiri daripada pegawai penyelidik dan penolong pegawai penyelidik.

Sesi ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh mengenai teknologi HPP sebagai kaedah pemprosesan makanan bukan terma yang menggunakan tekanan tinggi bagi meningkatkan keselamatan makanan, memanjangkan jangka hayat produk serta mengekalkan kualiti nutrisi dan sensori tanpa menjejaskan kualiti asal produk. Demonstrasi merangkumi:

  • Penerangan lengkap mengenai sistem dan komponen peralatan HPP
  • Prinsip operasi dan fungsi teknologi tekanan tinggi
  • Kelebihan serta potensi aplikasi dalam industri makanan
  • Demonstrasi pemprosesan produk menggunakan mesin HPP

Peserta turut menjalani sesi ujirasa produk air kelapa yang telah melalui rawatan tekanan tinggi bagi menilai aspek rasa, aroma serta penerimaan keseluruhan selepas pemprosesan.

Diharapkan sesi ini dapat memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak serta membuka ruang kepada penerokaan penggunaan teknologi HPP bukan sahaja di peringkat penyelidikan, malah berpotensi dimanfaatkan oleh usahawan bimbingan MARDI dalam pembangunan produk bernilai tambah, berdaya saing dan berpotensi untuk pasaran yang lebih luas.