MS ISO/IEC 17025 | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» PERKHIDMATAN » MS ISO/IEC 17025

MS ISO/IEC 17025

 

 

Makmal Kromatografi

Kromatografi merupakan satu teknik yang digunakan secara meluas dan sangat penting bagi tujuan analisis, pemisahan dan penulenan komponen daripada campuran kompleks. Kromatografi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti kromatografi lapisan nipis (TLC), kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC), kromatografi cecair spektroskopi jisim (LCMS), kromatografi gas (GC), kromatografi gas spektroskopi jisim (GCMS) dan kromatografi bendalir lampau genting (SFC). Penggunaan kromatografi dalam penyelidikan sains dan teknologi makanan adalah sangat meluas termasuk pemisahan dan penulenan protein, karbohidrat, asid amino, vitamin, sebatian metabolik sekunder dalam tumbuhan serta pemastian kualiti makanan.

Penubuhan Makmal Kromatografi di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan adalah bertujuan untuk menjadi pusat penyelidikan yang menggunakan teknik kromatografi sebagai medium utama dalam analisis. Dengan instrumen yang lengkap dan penyelidik serta staf yang berpengalaman, Makmal Kromatografi berhasrat menjadi pusat kecemerlangan dalam penyelidikan, pembangunan dan perkhidmatan selari dengan matlamat Fakulti dan Universiti.

Makmal Kromatografi juga telah mendapat akreditasi di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) – MS ISO/IEC 17025:2005 pada 22 November 2013 (No. SAMM 620). Jenis ujian yang mendapat akreditasi ialah analisis kandungan protein kasar dan asid amino bagi sampel daging dan ikan serta analisis fatty acid methyl ester (FAME) bagi sampel minyak makan.

Pihak makmal ada menyediakan perkhidmatan analisis menggunakan alatan kromatografi cecair atau kromatografi gas mengikut kadar yang telah ditetapkan. Kadar caj bagi analisis tersebut adalah seperti berikut:

Bil

Pelanggan

Caj Analisis (RM)

LCMS *

GCMS *

HPLC *

GC *

GC - FAME sahaja **

1

UPM

300.00

300.00

195.00

195.00

245.00

2

Agensi Kerajaan

315.00

315.00

205.00

205.00

260.00

3

Agensi Swasta

325.00

325.00

215.00

215.00

270.00

 * Caj untuk dua injection setiap satu sampel.

** Caj untuk dua injection setiap satu sampel termasuk penyediaan sampel.

 

Caj Tambahan (jika berkaitan):

Bil

Keterangan

Harga (RM)

1

Column

50.00 (rental per analysis)

2

SPME Fiber

10.00 (rental per injection)

3

Liner

20.00 (per unit)

4

Syringe with filter

6.00 (per unit)

5

Vial with septa cap

3.00 (per unit)

6

Vial insert

5.00 (per unit)

 

Pegawai yang boleh dihubungi:

En. Hamezan Bin Muhammad@Ahmad

Pegawai Sains

Tel: 03-89468538

 

 

Kemaskini:: 23/08/2017 [lilytahnani]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566553614