UTAMA | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

MAKLUMAT PENGAJIAN PRASISWAZAH

SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM BACELOR

a) Calon Dalam Negara          
     :: Calon lepasan Matrikulasi
     :: Calon lepasan STPM    
     :: Calon lepasan SPM     
     :: Calon lepasan Diploma

Pra Siswazah

Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan program sepenuh masa kepada calon-calon yang layak kepada pemegang STPM / Setaraf, Matrikulasi / Asasi, pemegang Diploma / kelayakan setaraf sebagai syarat kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPM. Sementara itu, pemegang SPM / kelayakan setaraf akan ditawarkan untuk program Diploma dan Asasi Sains Pertanian.

Pengajian Siswazah

Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan pelbagai program pengajian pasca siswazah sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia hab kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa. UPM sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek akademik dan etika kerana golongan ini bakal menjadi perantara bagi meningkatkan imej dan nama UPM ke persada dunia. UPM pada waktu ini mempunyai peratusan staf akademik dengan kelulusan PhD yang tertinggi terbanding Universiti awam lain di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang 

http://www.akademik.upm.edu.my/

http://www.food.upm.edu.my/akademik

http://www.sgs.upm.edu.my/Program Pengajian

Universiti Putra Malaysia (UPM) amat menitikberatkan keperluan dan keselesaan pelajar semasanya iaitu pelajar yang sedang menjalankan pengajiannya di UPM. Justeru, UPM menyediakan pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar. Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk pelajar semasa agar mereka berasa gembira semasa berada di UPM dan sekaligus dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah untuk kehidupan lestari.

 

Melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat daripada variasi bidang kepakaran. Malah, ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa. Sejak tahun 1971, penyertaan Alumni UPM telah mencapai lebih 145,000 orang – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seantero dunia yang meliputi Australia, Iran, Perancis, Myanmar dan Arab Saudi. Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, Alumni UPM sehingga kini telah berjaya berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya. Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni dan Persatuan Alumni pada bila-bila masa.

ALUMNI UPM

ALUMNI FSTM

FSTM e-Yearbook (the FOOD 2019/2020) yang memuatkan pencapaian dan kecemerlangan pensyarah, staf, dan pelajar FSTM bagi tahun 2019/2020. e-Yearbook ini turut memuatkan profail Pelajar Tahun Akhir sebagai cenderamata kenang-kenangan sebelum mereka bergraduat. Berbeza dengan Majalah Rasmi FSTM sebelum ini (BINGKISAN) yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu, the FOOD 2019/2020 diterbitkan dalam Bahasa Inggeris untuk meningkatkan keterlihatan FSTM dengan rakan industri / agensi / institusi pengajian luar.

KLIK :  THE FOOD 2019_2020 (FSTM E-YEARBOOK ).pdf

artikel
HARI RAYA BUKAN TIKET MAKAN SESUKA HATI
Pemakanan tidak dikawal menjadi punca risiko penyakit kronik selain meningkatkan berat badan secara mendadak.
HARI RAYA BUKAN TIKET MAKAN SESUKA HATI
KESELAMATAN MAKANAN KETIKA RAMADAN TANGGUNGJAWAB SEMUA
KESELAMATAN MAKANAN KETIKA RAMADAN TANGGUNGJAWAB SEMUA
RAHSIA BERTENAGA WALAUPUN PUASA LEBIH 13 JAM
RAHSIA BERTENAGA WALAUPUN PUASA LEBIH 13 JAM
Artikel-artikel lain...
berita
LATIHAN
LATIHAN "KAJIAN KESELAMATAN MAKANAN" BERSAMA STAF BKKM, JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
LATIHAN "KAJIAN KESELAMATAN MAKANAN" BERSAMA STAF BKKM, JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
ikuti kami
fb.png
youtube.png
twitter.png
insta.png
BWCGTA6:19:47