Bengkel Pengurusan Harta Intelek | FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
» NEWS » Bengkel Pengurusan Harta Intelek

Bengkel Pengurusan Harta Intelek

21 Ogos 2023 - Seramai 20 peserta telah menghadiri Bengkel Pengurusan Harta Intelek yang telah dianjurkan oleh Pejabat Dekan (Siswazah, Penyelidikan dan Inovasi) bertempat di Bilik Kuliah Siswazah 2, Bangunan Food 5, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.


Dr. Wan Zunairah binti Wan Ibadullah, Penyelaras Inovasi Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dijemput untuk memberi penerangan berkenaan pengurusan harta intelek.


Disamping itu, Prof. Madya Dr. Maimunah binti Sanny dan juga Dr. Ahmad Haniff bin Jaafar turut dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam menguruskan proses permohonan harta intelek mereka yang telah berjaya sehingga dikomersilkan.


Bengkel ini merupakan platform untuk penyelidik-penyelidik mendapatkan penerangan yang jelas bagi melindungi hasil penyelidikan mereka.

 

Date of Input: 22/08/2023 | Updated: 22/08/2023 | lilytahnani

MEDIA SHARING

FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXEcOAN~