Program SULAM “#HYGIENE4ALL” | FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
» NEWS » Program SULAM “#HYGIENE4ALL”

Program SULAM “#HYGIENE4ALL”

15 Julai 2023 - Pelajar Bacelor Sains dan Teknologi Makanan kohort 2021/2022, UPM dengan kerjasama Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri, Johor telah menganjurkan Program SULAM “#HYGIENE4ALL”. Program ini merupakan intipati SULAM iaitu Pembelajaran Berasaskan Khidmat yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk menggalakkan pelajar universiti terlibat sama dalam menyumbangkan ilmu yang dipelajari kepada masyarakat di luar sana.
 
Pelajar BSTM kohort 2021/2022 telah menganjurkan Program SULAM “#HYGIENE4ALL” atas kursus FST3601 Kebersihan dan Sanitasi Makanan di Astaka Budaya, Laman Sri Lanang, Kota Tinggi, Johor untuk meningkatkan kesedaran kebersihan peribadi dan makanan dalam kalangan murid-murid serta peniaga daerah Kota Tinggi. Selain daripada memupuk amalan menjaga kebersihan diri sendiri, masyarakat dan persekitaran, program ini juga bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan tentang kepentingan kebersihan dan sanitasi serta punca-punca keracunan makanan yang sentiasa diabaikan oleh masyarakat.Manfaat yang diperoleh dapat meningkatkan kesedaran tentang kebersihan dan sanitasi dalam kalangan masyarakat daerah Kota Tinggi dan mengurangkan kes keracunan makanan yang sentiasa berlaku di daerah Kota Tinggi sebelum ini.
 
Hampir 200 orang peserta terdiri daripada pelajar tadika, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah termasuk juga peniaga dan penduduk tempatan mengikuti program ini. YBhg. Syed Muhammad Khalil bin Syed Ahmad, Setiausaha Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor sempat merasmikan program ini. Dalam ucapan beliau yang mewakili pihak Majlis Daerah Kota Tinggi untuk menyampaikan penghargaan atas usaha pelajar BSTM kohort 2021/2022 untuk mengadakan program yang memberikan manfaat. Beliau juga berharap supaya lebih banyak kerjasama dapat dilaksanakan antara pihak Majlis Daerah Kota Tinggi dan pihak Universiti Putra Malaysia pada masa yang akan datang.
 
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini diadakan. Aktiviti-aktiviti yang dilancarkan ialah pameran booth, pertandingan mewarna poster “Food Hygiene”, pertandingan menyelesai dan mewarna jigsaw Puzzle “Food Hygiene”, pertandingan Puzzlemania : The Crossword Edition dan kuiz miseri serta ceramah “Kepentingan Kebersihan Makanan”.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 28/07/2023 | Updated: 28/07/2023 | shuhada_md

MEDIA SHARING

FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXEcDAg~