KURSUS TEKNOLOGI RETORT | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » KURSUS TEKNOLOGI RETORT

KURSUS TEKNOLOGI RETORT

Selasa, 5 Mac 2024 – Jabatan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan telah menganjurkan Kursus Teknologi Retort. Kursus ini telah diadakan di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), UPM Serdang. Kursus ini berlangsung selama sehari daripada 10 Pagi sehingga 5 Petang.

Kursus ini juga meliputi kelas teori dan praktikal berkenaan penggunaan retort ke atas produk makanan dan minuman. Kursus teknologi retort ini disampaikan oleh pakar daripada Jabatan Teknologi Makanan sendiri iaitu Dr. Nor Afizah Mustapha, Dr. Ezzat Mohamad Azman, En. Mohamad Kidin, En. Ahmad Safwan Setaffa dan En. Syafiq Rabbani Mohd Hashim.

Semoga ilmu dan peluang yang dipelajari daripada kursus teknologi retort ini dapat diaplikasikan dan digunakan untuk produk makanan keluaran peserta-peserta yang hadir.

Tarikh Input: 08/03/2024 | Kemaskini: 08/03/2024 | nur_jasni

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXEbTAA~