FOOD ANALYSIS TRAINING 2023 | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » FOOD ANALYSIS TRAINING 2023

FOOD ANALYSIS TRAINING 2023

FOOD ANALYSIS TRAINING 2023

 

22 SEPTEMBER 2023 – Program Food Analysis Training 2023 yang diadakan pada 19 hingga 22 September 2023 di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, telah melibatkan seramai 51 orang peserta untuk sesi teori, dan 21 orang peserta untuk sesi praktikal. Peserta yang terlibat terdiri daripada pensyarah, penyelidik, pegawai makmal dan pelajar dari agensi kerajaan dan swasta seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Monash University, Jabatan Peranian Malaysia, Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Malaysian Palm Oil Board (MPOB), MY CO2 (KL) Sdn. Bhd. dan Merieux Nutrisciences Sdn. Bhd.

 

Program ini merupakan sebahagian daripada projek untuk Human Resource Development in Food-Related Areas (HRD-Project) melalui perkongsian dengan Universiti di rantau ASEAN-Fasa 3 di bawah pembiayaan Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries (MAFF), Jepun. Objektif program ini adalah untuk membangunkan sumber manusia dalam bidang berkaitan makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan entiti serta organisasi tempatan yang berkaitan termasuk agensi kerajaan berkaitan makanan di rantau ASEAN.

 

Program 4 hari ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu 2 hari untuk sesi kuliah/teori dan 2 hari untuk sesi praktikal/hands-on training bersama pakar dari Jepun. Kandungan kursus untuk sesi kuliah/teori adalah Basic Understanding of Japanese Agricultural Standard (JAS) and the Testing Methods, Functional Components (Functional Foods), International Standardization in Food Industry dan ISO/IEC17025, manakala kandungan kursus untuk sesi praktikal/hands-on training adalah JAS0024 (Determination of the procyanidins in apple juice – HPLC method).

 

 

 

Tarikh Input: 10/10/2023 | Kemaskini: 10/10/2023 | wannurain

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXFDGAG~