LAWATAN PIHAK NATIONAL CENTRE FOR FOOD SAFETY (NCFS), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KE FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN, UPM | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » LAWATAN PIHAK NATIONAL CENTRE FOR FOOD SAFETY (NCFS), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KE FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN, UPM

LAWATAN PIHAK NATIONAL CENTRE FOR FOOD SAFETY (NCFS), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KE FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN, UPM

LAWATAN PIHAK NATIONAL CENTRE FOR FOOD SAFETY (NCFS), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KE FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN, UPM

Khamis, 30 April 2024 - Lawatan oleh pegawai National Centre for Food Safety (NCFS), Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia ke FSTM UPM Terima kasih diucapkan kepada pihak @NCFS. Lawatan ini bertujuan untuk melihat fasiliti pemprosesan makanan yang sediada di UPM bagi tujuan kolaborasi. Ia merupakan lanjutan daripada perbincangan kerjasama strategik di antara NCFS dan FSTM UPM yang telah diadakan pada 22 April 2024 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Lawatan ini penting bagi memperincikan butiran kerjasama strategik yang boleh dijalankan bersama FSTM demi memperkukuhkan lagi perkhidmatan yang akan dilaksanakan di NCFS kelak.

Bagi perbincangan kali ini, ia disertai Dekan FSTM, Prof Dr Anis Shobirin Meor Hussin. Lawatan dimulai dengan makmal penyelidikan pemprosesan dan pengawetan makanan, Loji Perintis Memproses Produk Daging, Loji Perintis Memproses Jus dan Puri, Makmal Pemprosesan Makanan dan diakhiri dengan Pusat Bendalir Superkritikal (SFC). Pensyarah terlibat ialah PM Dr Noranizan Mohd Adzahan, Dr Rashidah Sukor dan Dr Ismail Fitry Mohammad Rashedi.

Tarikh Input: 02/05/2024 | Kemaskini: 02/05/2024 | nur_jasni

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXFRSAw~