KURSUS MS 1514:2022 GOOD MANUFACTURING PRACTICE (GMP) UNDERSTANDING & IMPLEMENTING | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » KURSUS MS 1514:2022 GOOD MANUFACTURING PRACTICE (GMP) UNDERSTANDING & IMPLEMENTING

KURSUS MS 1514:2022 GOOD MANUFACTURING PRACTICE (GMP) UNDERSTANDING & IMPLEMENTING

14 September 2023 - Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) dengan kerjasama SIRIM STS Sdn. Bhd. telah menganjurkan kursus MS1514:2022 Good Manufacturing Practice (GMP) Understanding & Implementing pada 13 hingga 14 September 2023 bertempat di Bilik Kuliah Siswazah 1, Bangunan Food 5, FSTM. Penganjuran kursus ini merupakan kali yang kedua diadakan di mana kursus kali pertama telah diadakan pada tahun 2019.

 

Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada pelajar siswazah, pensyarah dan agensi swasta telah menghadiri kursus ini. Antara institusi dan agensi swasta yang terlibat dalam penyertaan kursus ini ialah Majlis Sukan Negara, Krawang Enterprise, Ramly Food Marketing Sdn. Bhd., Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Simpang Food Processing Sdn. Bhd, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Fakulti Sains Perubatan dan Kesihatan UPM, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM dan FSTM sendiri.


Kursus ini yang telah disampaikan oleh penceramah daripada SIRIM STS iaitu Puan Lizawati bt Mohamad Darwi telah mendapat maklum balas yang positif dari kalangan peserta. Antara objektif pelaksanaan kursus ini adalah dapat memberikan kesedaran dan kefahaman kepada peserta berkaitan pelaksanaan standard baharu GMP, memberikan pengetahuan berkenaan pentingnya keselamatan makanan, keperluan dan kaedah pelaksanaan setrusnya dapat membina jaringan dan hubungan yang baik di antara universiti dan industri makanan.

 

 

Tarikh Input: 10/10/2023 | Kemaskini: 10/10/2023 | wannurain

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXFDDAZ~