LAWATAN DARI SMAN 7 TANGERANG, BANTEN, INDONESIA | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » LAWATAN DARI SMAN 7 TANGERANG, BANTEN, INDONESIA

LAWATAN DARI SMAN 7 TANGERANG, BANTEN, INDONESIA

17 November 2023 – Bertempat di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) telah menerima pelawat dari SMAN 7 Tangerang, Banten, Indonesia. Lawatan ini bertujuan untuk bertukar dan berkongsi informasi dan pengalaman di samping mengeratkan hubungan antara FSTM dan SMAN 7 Tangerang.

 

 

Taklimat mengenai FSTM turut disampaikan oleh Dr. Ahmad Fareed Bin Ismail. Para guru dan pelajar SMAN 7 Tangerang kelihatan berminat dan aktif dalam bertanyakan soalan berkaitan pembelajaran di FSTM. Taklimat ini disudahi dengan sesi bergambar beramai-ramai.

 

 

Seterusnya, mereka dibahagikan Kumpulan kecil dan di bawa melawat ke Supercritical Fluid Centre (SFC), Juice and Puree Processing Pilot Plant Learning Centre di Food 8 dan juga Meat Product Processing Pilot Plant Learning Centre.

 

Tarikh Input: 21/11/2023 | Kemaskini: 22/11/2023 | nur_jasni

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXFDCAO~