NUTRITION & FUNCTIONAL FOOD COURSE | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » NUTRITION & FUNCTIONAL FOOD COURSE

NUTRITION & FUNCTIONAL FOOD COURSE

15-17 NOVEMBER 2023 – Telah berlangsungnya “Nutrition & Functional Food Course” anjuran Jabatan Sains Makanan dengan kerjasama TDC Holdings Sdn. Bhd. Sesi kursus selama 3 hari ini diadakan di Bilik Kuliah Siswazah 1 (BKS1), Bangunan Food 5 dan hari terakhir di L’apprenti Restaurant, bangunan Food 6. Kursus ini disertai oleh 23 orang peserta yang terdiri daripada agen produk keluaran syarikat TDC Holdings Sdn Bhd., pensyarah USM dan pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

 

Selain itu, kursus ini mengandungi 7 sesi berlainan tajuk yang disampaikan oleh penceramah daripada Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dan Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu Dr. Muhammad Hafiz bin Abd Rahim, Prof. Dr. Azizah bt Hj. Hamid, Dr. Nurul Shazini bt Ramli, Prof. Dr. Faridah bt Abas, Dr. Ahmad Haniff bin Jaafar dan Puan Norlida bt. Zulkafly daripada Bahagian Keselamatan.

 

Di antara pengisian aktiviti kursus ini adalah pendedahan terhadap Prinsip Pemakanan Berasaskan Susu dan Tumbuhan, Makanan Fungsian dan Ramuan, Keselamatan Makanan Fungsian Nutrisi dan Fungsian Pigmen dalam Buah-buahan, Kajian Keberkesanan Makanan Fungsian (Efficacy), Peraturan Makanan berkaitan Produk Makanan Fungsian dan juga Kepelbagaian Produk Makanan Fungsian. Tujuan utama kursus ini adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan pengusaha dan pengendali makanan mengenai makanan secara sihat dan penyediaan hidangan yang sihat.

 

Tarikh Input: 23/11/2023 | Kemaskini: 23/11/2023 | nur_jasni

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXFCWAf~