Bachelor Of Science In Food Manufacturing Operations With Honours | FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
» ACADEMIC » UNDERGRADUATE » Bachelor of Science in Food Manufacturing Operations with Honours

Bachelor of Science in Food Manufacturing Operations with Honours

Kod dan Nama Program        : UP6541005 - Bacelor Sains Operasi Pembuatan Makanan dengan Kepujian 

Tempoh Pengajian                   : 8 Semester

Maklumat Ringkas Program

Bidang pembuatan makanan memainkan peranan yang penting sebagai tunjang utama industri hiliran pertanian dan penyumbang utama ekonomi negara. Bidang ini memerlukan ramai tenaga mahir yang dapat mengendalikan operasi pembuatan makanan. Justeru, program Bacelor Sains Operasi dan Pembuatan Makanan dengan Kepujian direkabentuk khas untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam industri berkenaan. Program ini mengandungi 131 kredit iaitu 3 tahun di Universiti (105 kredit) dan 1 tahun di industri pembuatan makanan (26 kredit). Program ini bukan sahaja menekankan aspek ilmu pengetahuan sahaja, malah pelajar akan didedahkan kepada operasi pembuatan makanan yang sebenar di dalam industri besar selama setahun (dua semester). Latihan industri ini akan memberikan impak yang lebih besar kerana pelajar bukan sahaja berpengetahuan, tetapi juga berpengalaman dalam sektor pembuatan makanan yang memberikan mereka peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan pekerjaan selepas graduasi.

Peluang Kerjaya

Graduan Bacelor Sains Operasi Pembuatan Makanan dengan Kepujian mampu melahirkan graduan yang berpeluang untuk menyertai pelbagai bidang kerjaya yang bersesuaian seperti operasi pembuatan pakanan dan pengurusan penghasilan makanan.

Syarat-Syarat Kemasukan:

Syarat Am Universiti

1. Calon Sijil Tinggi Pelajar Malaysia (STPM)/Setaraf

a) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan baik;

b) Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;

c) Lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya: gred C (NGMP 2.00) dalam matapelajaran Pengajian Am; dan gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) matapelajaran lain; dan

d) Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET)

2. Calon Kelayakan Setaraf

a) Lulus SPM/setaraf dengan baik;

b) Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;

c) Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan

d) Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET)

3. Kelayakan Minimum Calon Matrikulasi KPM/Asasi  Sains UM/Asasi Sains Pertanian UPM/ Tahun Asas UTM

a) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan baik;

b) Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/setaraf;

c) Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Asasi Sains Pertanian UPM/Tahun Asas UTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.0; dan

d) Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET)

Syarat Khas Program

Lulus sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.0) salah satu (1) mata pelajaran Kimia atau Fizik

1. Lulus dengan kepujian dalam satu (1) mata pelajaran Sains pada peringkat SPM.

Kelayakan Lain Sebagai STPM

Calon yang mengemukakan kelayakan berikut atau kelayakan setara yang diiktiraf oleh Senat sebagai ganti STPM boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi mengikuti program ijazah.

1. Diploma dalam bidang yang sesuai dari UPM atau institusi lain yang diiktiraf kerajaan.

Keperluan Akademik

Pemohon antarabangsa mestilah mempunyai kelayakan yang setara Sijil Tinggi Malaysia Sekolah (STPM) atau Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.        

Kelayakan Setaraf 

  1. Lulus O - level / setaraf dengannya
  2. Lulus A - level dengan sekurang-kurangnya: - Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran
  3. Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) atau skor TOEFL sekurang-kurangnya 550 atau skor 6 dalam peperiksaan IELTS

DAN telah memenuhi syarat-syarat khas untuk program ini iaitu mencapai gred yang diperlukan dalam (sains / seni) seperti yang ditetapkan bagi setiap program Sarjana Muda UPM.

Atau Kelayakan Setaraf 

  1. Lulus Sijil Tinggi (HSC) / setaraf dengan sekurang-kurangnya: - Gred C + dalam tiga (3) mata pelajaran atau 65% dalam tiga (3) mata pelajaran di Peringkat Akhir Pendidikan Menengah
  2. Lulus dalam Peperiksaan Masuk Universiti (bagi negara-negara yang mencari kehendak itu untuk kemasukan ke universiti-universiti;
  3. Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) atau skor TOEFL sekurang-kurangnya 550 atau skor 6 dalam peperiksaan IELTS

DAN telah memenuhi syarat-syarat khas untuk program ini iaitu mencapai gred yang diperlukan dalam (sains / seni) seperti yang ditetapkan bagi setiap program Sarjana Muda UPM.

Atau Kelayakan Setaraf

  1. Diploma atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 3.00
  2. Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) atau skor TOEFL sekurang-kurangnya 550 atau skor 6 dalam peperiksaan IELTS yang

DAN telah memenuhi syarat-syarat khas untuk program ini iaitu mencapai gred yang diperlukan dalam (sains / seni) seperti yang ditetapkan bagi setiap program Sarjana Muda UPM.

Updated:: 04/10/2023 [nazrul_rapail]

MEDIA SHARING

FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXFbSAr~