Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan biasiswa penuh bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah (PhD) di 50 universiti terkemuka (mengikut Ranking by Subject 2023 Times Higher Education atau QS World University Ranking).
Calon yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon.
- Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia; DAN
- Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau pemohon telah bermastautin di Selangor melebihi sepuluh (10) tahun.
- Permohonan ini adalah terbuka kepada penjawat awam dan orang awam.
- Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
- Memiliki Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya.
- Telah mendapat tempat pengajian di 50 universiti terkemuka dalam bidang yang dipohon (mengikut Ranking by Subject 2023 Times Higher Education atau QS World University Ranking).
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
- Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.0)/ TOEFL (550) / MUET Band (3.0).
- Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
- Pemohon hendaklah menyertakan salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor.
- Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain.
- Sihat tubuh badan.
- Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah.
- Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan.
Penjawat Awam
- Berstatus tetap atau kontrak serta sedang dan telah berkhidmat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Permohonan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan-peraturan perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.
Orang Awam
- Sedang dan telah berkhidmat di sektor swasta di Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Pemohon hendaklah mengemukakan surat pengesahan majikan. Sekiranya berjaya menerima tawaran, pemohon perlu mendapatkan surat pelepasan daripada majikan.
Borang Permohonan (EDanaPendidikan): https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login

Updated:: 30/04/2026 [nurulh]
MEDIA SHARING