PELAJAR BSTM NAIB JUARA PROGRAM REALITI TAIKUN MUDA | FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
» NEWS » PELAJAR BSTM NAIB JUARA PROGRAM REALITI TAIKUN MUDA

PELAJAR BSTM NAIB JUARA PROGRAM REALITI TAIKUN MUDA

Usahawan mahasiswa, Adlina Jamaludin dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya merangkul gelaran naib juara dan membawa pulang RM20,000.00 beserta sijil dan trofi dalam program keusahawanan, Taikun Muda yang disiarkan di TV AlHijrah selama 6 minggu.

Program rancangan realiti itu diadakan atas inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi membuka peluang kepada 11 usahawan mahasiswa dari pelbagai universiti awam yang dibimbing serta bersaing dalam merebut geran perniagaan bernilai RM50,000.00.

Pada pusingan akhir, seramai 3 finalis bertarung dengan latar belakang dalam bidang keusahawanan yang berbeza bagi merebut hadiah utama iaitu geran perniagaan bernilai RM50,000.00. Juara bagi program keusahawanan Taikun Muda ini dimenangi oleh pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Muhammad Faizal Ruhaijat dan tempat ketiga pula dimenangi oleh pelajar Universiti Malaya (UM), Syafiq Rami Yani.

Date of Input: 07/04/2022 | Updated: 07/04/2022 | wannurain

MEDIA SHARING

FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
CVFWDAW:03:58