LATIHAN INDUSTRI | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» AKADEMIK » LATIHAN INDUSTRI

LATIHAN INDUSTRI

Latihan yang akan dijalani ini akan dinilai berdasarkan hasil pembelajaran kursus yang telah digariskan oleh pihak fakulti. Pelajar, Pensyarah Pelawat dan juga Penyelia Industri yang terlibat dalam mengurus latihan industri perlu jelas tentang falsafah, objektif latihan dan juga hasil pembelajaran kursus yang dikehendaki. Oleh sebab itu, menjalani latihan industri adalah wajib ke atas setiap pelajar sebagai sebahagian daripada syarat yang perlu dipenuhi dalam program pengajian di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Program Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan) akan menjalani latihan industri pada semester 6 manakala Bacelor Sains (Pengajian Makanan) dan Bacelor Sains dan Teknologi Makanan akan menjalani latihan industri pada semester 8. Tempoh menjalani latihan industri ialah selama 14 minggu.

Pelajar disarankan supaya merujuk skema pengajian dan aktiviti yang dijadualkan oleh Penyelaras Latihan Industri disetiap jabatan.

Muat turun borang berkaitan:

Kemaskini:: 17/08/2017 [shuhada_md]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566553040