Kod dan Nama Program : PG18 - Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan
Makanan) dengan kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan) dengan kepujian ini diwujudkan bagi mencapai matlamat sejajar dengan hasrat UPM untuk melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju melalui pembelajaran yang berterusan serta dapat menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang sihat dan produktif. Pada akhir program ini para graduan berkeupayaan untuk menjalankan kerja atau tugas seorang pengurus institusi perkhidmatan makanan secara berdikari, beretika, bertanggungjawab dan kreatif.
Peluang Kerjaya
Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan) dengan kepujian mampu melahirkan graduan yang berpeluang untuk menyertai pelbagai bidang kerjaya yang bersesuaian seperti industri makanan dan minuman (Industri F&B), servis dan pengurusan, pemasaran, jaminan kualiti dan juga chef.
Syarat-Syarat Kemasukan:
Syarat Am Universiti
Syarat Khas Program
- Kimia
- Biologi
Kelayakan Lain Sebagai STPM
Calon yang mengemukakan kelayakan berikut atau kelayakan setara yang diiktiraf oleh Senat sebagai ganti STPM boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi mengikuti
program ijazah: Diploma dalam bidang yang sesuai dari UPM atau institusi lain yang diiktiraf kerajaan
Kemaskini:: 04/10/2023 [nazrul_rapail]
DEKAN
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, SERDANG,
SELANGOR MALAYSIA