Pejabat Timbalan Dekan | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» MENGENAI KAMI » PENGURUSAN FAKULTI » Pejabat Timbalan Dekan

Pejabat Timbalan Dekan

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, FSTM mempunyai tiga (3) Pejabat Timbalan Dekan yang mana masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab berbeza dalam memastikan kejayaan fakulti.

Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Pelajar

Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan menjalankan urusan pentadbiran program akademik prasiswazah dan mengendalikan urusan hal ehwal pelajar Fakulti. Program yang ditawarkan adalah program sepenuh masa dan terbuka kepada calon lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi/Asasi, pemegang Diploma/kelayakan setaraf sebagai syarat kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPM.

Bahagian Siswazah Penyelidikan dan Inovasi

Bahagian Siswazah, Penyelidikan dan Inovasi (BSPI) telah diwujudkan pada bulan September 2007 di mana sebelum ini ia dikenali sebagai Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Pengantarabangsaan. Hal ini kerana BSPI telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal siswazah selain skop penyelidikan yang sedia ada di Fakulti sejajar dengan pengisytiharan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan pada November 2006.

BSPI terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu siswazah dan penyelidikan. Di bahagian siswazah, tugas utama yang dijalankan adalah berkaitan urusan pengambilan pelajar siswazah lanjutan di Fakulti dan pengendalian kursus siswazah seperti menyediakan jadual seminar siswazah, jadual waktu kursus siswazah dan menguruskan kemasukan markah peperiksaan pelajar siswazah.

Bahagian penyelidikan pula dibahagikan kepada pentadbiran dan makmal penyelidikan. Tugas utama adalah membantu Fakulti dalam memenuhi KPI MYRA yang ditetapkan.

Bahagian Pembangunan dan Jaringan

Dalam usaha pihak Fakulti untuk mencapai matlamat strategik UPM 2014-2020 iaitu memperkukuhkan pembangunan prasarana di Fakulti, serta memacu jalinan kerjasama antara Fakulti dengan industri dan masyarakat dilihat memainkan peranan penting dalam usaha ini. Maka dengan itu pada Mesyuarakat Jawatankuasa Pengurusan Fakulti Bil.1/2015 telah bersetuju dengan penubuhan Bahagian Pembangunan & Jaringan dan diketuai oleh seorang Timbalan Dekan.

Bahagian ini memberi tumpuan kepada aktiviti pembangunan infrastruktur yang lestari melalui RMK 11. Bahagian ini juga memberi  tumpuan kepada  pembangunan Fakulti melalui Jaringan Industri, Komuniti & Alumni. Menerusi jalinan kerjasama ini Bahagian Pembangunan dan Jaringan akan melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu dan teknologi tinggi dan sekaligus memberi kesan positif untuk pembangunan negara. Aktiviti Jaringan Industri, Komuniti & Alumni yang dijalankan juga dapat menjana pendapatan kepada Fakulti melalui sumber geran penyelidikan kontrak dan sumbangan dari Industri, Komuniti & Alumni. Ini selari dengan aspirasi serta visi Fakulti dan Universiti.

Kemaskini:: 08/07/2019 [shuhada_md]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
B1566549738