1) Makmal Persediaan Buah dan Sayuran
- Lokasi di Food 6
- Merupakan makmal persediaan bahan mentah (mise en place) buah-buahan dan sayur-sayuran
- Mempunyai sebuah bilik sejuk (chiller), peralatan dan perkakasan lain yang lengkap bagi tujuan operasi harian
- Maksimum kapasiti ruang kerja adalah seramai 2 orang
2) Makmal Persediaan Ikan dan Daging
- Lokasi di Food 6
- Merupakan makmal persediaan bahan mentah (mise en place) ikan dan daging
- Mempunyai sebuah bilik sejuk beku (freezer), peralatan dan perkakasan lain yang lengkap bagi tujuan operasi harian
- Maksimum kapasiti ruang kerja adalah seramai 4 orang
3) Makmal Penyediaan Makanan Panas
- Lokasi di Food 6
- Merupakan makmal penyediaan makanan panas asian dan barat
- Menyediakan makanan untuk semua makmal perkhidmatan dan majlis
- Mempunyai sebuah bilik sejuk (chiller) dan sebuah bilik sejuk beku (freezer), peralatan dan perkakasan lain yang lengkap bagi tujuan operasi harian
- Maksimum kapasiti ruang kerja adalah seramai 4 orang
4) Makmal Penyediaan Makanan Sejuk
- Lokasi di Food 6
- Merupakan makmal penyediaan makanan sejuk (garde manger)
- Menyediakan makanan untuk semua makmal perkhidmatan dan majlis
- Mempunyai sebuah gelato ice cream machine, peralatan dan perkakasan lain yang lengkap bagi tujuan operasi harian
- Maksimum kapasiti ruang kerja adalah seramai 2 orang
5) Makmal Pastri dan Bakeri
- Lokasi di Food 6
- Merupakan makmal penyediaan produk pastri dan bakeri termasuk jenis manisan
- Menyediakan produk untuk semua makmal perkhidmatan dan majlis
- Mempunyai peralatan dan perkakasan lain yang lengkap bagi tujuan operasi harian
- Maksimum kapasiti ruang kerja adalah seramai 4 orang
6) Makmal Demonstrasi Makanan
- Lokasi di Food 6
- Merupakan makmal kuliah teori dan demonstrasi masakan kepada pelajar dan peserta kursus
- Mempunyai peralatan dan perkakasan lain yang lengkap bagi tujuan operasi harian
- Maksimum kapasiti ruang kerja adalah seramai 2 orang untuk pensyarah/penceramah dan tempat duduk seramai 25 orang pelajar/peserta kursus
7) Makmal Kulinari Makanan
- Lokasi di Food 6
- Merupakan makmal latihan amali masakan kepada pelajar dan peserta kursus
- Mempunyai peralatan dan perkakasan lain yang lengkap bagi tujuan operasi harian dengan 8 station untuk pelajar/peserta kursus dan 1 station untuk pensyarah/penceramah
- Maksimum kapasiti ruang kerja adalah seramai 2 orang untuk pensyarah/penceramah dan tempat duduk seramai 40 orang pelajar/peserta kursus
Updated:: 13/09/2021 [suhaiza]
MEDIA SHARING