Master Teknologi Makanan - MFT (Secara Kerja Kursus) | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» AKADEMIK » PASCASISWAZAH » Master Teknologi Makanan - MFT (Secara Kerja Kursus)

Master Teknologi Makanan - MFT (Secara Kerja Kursus)

PENGENALAN   
Master Teknologi Makanan (MFT) adalah sebuah program pascasiswazah secara kerja kursus yang mempunyai semua komponen yang diperlukan untuk ditawarkan kepada mereka yang berminat dalam industri makanan yang menawarkan peluang pekerjaan. Tujuan utamanya adalah untuk menyediakan pelajar dengan pemahaman mendalam mengenai industri makanan.
 
MATLAMAT
  • Menekankan perkembangan semasa berkaitan teknologi pemprosesan makanan yang mampan dalam industri makanan, peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Akan menghasilkan modal insan yang dapat memenuhi jangkaan pasaran kerja, menjadi inspirasi negara, menjadi serba boleh dan berdaya saing
 
OBJEKTIF
  • Menghasilkan graduan yang kritikal dan analitikal dalam pemikiran pengetahuan yang mantap dalam bidang teknologi makanan dengan penekanan pemprosesan dan kejuruteraan makanan bagi terus menyokong kemajuan industri makanan di Malaysia
  • Kurikulum dalam program ini menekankan kedua-dua aspek teori dan praktikal di mana pemikiran kritikal, pembelajaran berterusan, etika, moral profesional, kemahiran komunikasi, serta kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan adalah bahagian yang penting daripada sistem pembelajaran. Pelajar dikehendaki menyediakan disertasi dan penemuan saintifik dalam bentuk seminar dan tulisan ilmiah
  • Kandungan kursus adalah dibentuk selari dengan perkembangan teknologi makanan yang melibatkan aplikasi pengetahuan seperti inovasi makanan, reka bentuk proses dan loji makanan, teknologi kini dalam pemprosesan makanan, kejuruteraan dan pemprosesan makanan
 
KURIKULUM
  • Program ini disusun dalam tiga (3) semester dalam tempoh 1 tahun dan dijalankan dalam bahasa Inggeris.
  • Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang dilengkapi dengan pengetahuan pakar dalam bidang teknologi makanan untuk pembangunan lestari industri makanan.
  • MFT terdiri daripada kursus teras, kursus elektif dan disertasi. Pelajar mesti melengkapkan sekurang-kurangnya 41 kredit untuk bergraduasi.
  • Kuliah dijalankan dari Isnin hingga Jumaat (6:30 - 9:30 malam). Sesi makmal diadakan pada hari Sabtu (9:00 pagi - 2:00 petang). Kelas disampaikan dalam mod campuran: secara bersemuka dan dalam talian.
 
Kursus Teras 29 kredit
Kursus Elektif 6 kredit
Disertasi 6 kredit
Jumlah 41 kredit
 
 
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM MFT/MFS/MFFD
PO HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
PO1 Menunjukkan kepakaran dalam bidang berkenaan.
PO2 Mengaplikasikan kemahiran praktikal dalam bidang berkenaan.
PO3 Menghasilkan penyelesaian kepada permasalahan menggunakan kemahiran saintifik dan pemikiran kritikal.
PO4 Menunjukkan kualiti kepimpinan melalui komunikasi dan kerjasama berkesan di kalangan rakan dan pihak berkepentingan.
PO5 Mengaitkan idea terhadap isu masyarakat.
PO6 Menjalankan penyelidikan dengan penyeliaan minimum dan patuh kepada perundangan, etika dan kod amalan profesional.
PO7 Menguruskan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat.
 
 
SYARAT KEMASUKAN
 
PROGRAM IJAZAH MASTER SECARA KERJA KURSUS
Pemohon hendaklah mempunyai:
 
Calon Tempatan
  • Calon perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan mendapat PNGK minimum 2.750 atau yang setara, seperti yang diterima oleh Senat UPM, atau
  • Calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK 2.500 – 2.749 boleh diterima, tertakluk kepada penilaian dalaman yang teliti oleh pihak fakulti, atau
  • Calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan PNGK 2.000 – 2.499 boleh diterima, tertakluk kepada penilaian dalaman yang teliti oleh pihak fakulti.
  • Bagi calon di luar bidang atau tiada pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon, calon perlu menduduki kursus prasyarat yang sesuai seperti yang ditetapkan oleh pihak fakulti dan seterusnya memenuhi syarat PNGK minimum.
  • Bagi calon yang tidak mempunyai kelulusan akademik formal, calon perlu memenuhi Kelayakan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL A) iaitu berumur sekurang-kurangnya 30 tahun pada tarikh permohonan, memiliki kelayakan Diploma dalam bidang berkaitan atau kelayakan lain yang setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan Senat Universiti dan memiliki Sijil Perakuan APEL MQA dengan Taraf 7 MQF.
  • Pelajar tahun akhir program pengajian Ijazah Sarjana Muda juga boleh dipertimbangkan untuk kemasukan bersyarat dengan PNGK atau kelayakan terkini yang memenuhi syarat kemasukan program Master.
 
Calon Antarabangsa
Calon antarabangsa mesti mempunyai kelulusan setara seperti di atas dan mengemukakan dokumen berkaitan untuk pertimbangan Senat.
Semua calon antarabangsa dari negara di mana Bahasa Inggeris bukan bahasa penghantar perlu memperoleh markah minimum sebanyak 550 bagi TOEFL atau aras 6.0 bagi IELTS.
 
YURAN
Yuran Pelajar Tempatan Pelajar Antarabangsa
 Asas (Semester Pertama)  RM 1,350  USD 593
 Asas (Semester Kedua dan Seterusnya)  RM 1,100  USD 531
 Yuran setiap Kredit  RM 370  USD 124
 
 
Untuk PendaftaranApply Now
 
 
 
 
Pegawai yang boleh dihubungi
 
📞: 03-9769 5117
✉️: izzatiamir@upm.edu.my 
Bangunan Food 5, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan

Kemaskini:: 09/03/2026 [nurulh]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5100
Tiada
X, (12:07:09pm-12:12:09pm, 24 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]