'ASASI EDUCATION FAIR 2019' | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » 'ASASI EDUCATION FAIR 2019'

'ASASI EDUCATION FAIR 2019'

27 FEB – Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) telah mengambil bahagian dalam pameran bersempena Program Asasi Education Fair 2019 anjuran Pusat Asasi Sains Pertanian yang berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Dewan Besar). Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar berinteraksi dengan pihak fakulti bagi mendapatkan maklumat program prasiswazah yang ditawarkan.

Disamping itu, Prof. Madya. Dr. Sharifah Kharidah Syed Muhammad, Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar FSTM, juga turut terlibat dalam menyampaikan taklimat fakulti kepada para pelajar. Turut menjayakan program ini adalah Ahli Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa FSTM (FOSTECH) yang membantu dalam berkongsi pengalaman sebagai pelajar di fakulti ini.

Barisan jawatankuasa yang menjayakan pameran FSTM

 Taklimat oleh Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Sharifah Kharidah Syed Muhammad

Dr. Rozzamri memberi penerangan program fakulti kepada pelajar

Turut menjayakan pameran ini adalah ahli FOSTECH yang berkongsi pengalaman sebagai pelajar fakulti

Tarikh Input: 04/03/2019 | Kemaskini: 11/03/2019 | shuhada_md

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
C1569252925