BENGKEL COFFEE SIP: BREW SCIENCE FOR BETTER AROMA | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » BENGKEL COFFEE SIP: BREW SCIENCE FOR BETTER AROMA

BENGKEL COFFEE SIP: BREW SCIENCE FOR BETTER AROMA

SERDANG/SHAH ALAM, 22 JANUARI 2026 – Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan bengkel “Coffee Sip: Brew Science for Better Aroma”, iaitu sebuah program latihan mengenai kopi yang memberi penekanan kepada aspek komersial, saintifik dan akademik. Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama rakan industri, ZUS Coffee dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) UPM. Program ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nur Hanani Zainal Abedin, dibantu oleh Dr. Foong Han Lyn, dan disertai Prof. Madya Dr. Wan Zunairah Wan Ibadullah sebagai penceramah jemputan. Bengkel ini telah berlangsung pada 20 Januari 2026 di FSTM UPM, diikuti sesi lanjutan pada 21 hingga 22 Januari 2026 di ZUS Academy, Shah Alam.

 

Para peserta bengkel Coffee Sip: Brew Science for Better Aroma bergambar bersama para pelatih di ZUS Academy, Shah Alam.

 

Bengkel ini menggabungkan penyampaian teori, sesi praktikal dan perkongsian pengalaman industri yang meliputi topik asas sains kopi, teknik cupping, kaedah pembuatan kopi (brewing), pengendalian peralatan serta pengurusan perniagaan kafe. Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, para peserta bukan sahaja memperoleh pengetahuan teori, malah berpeluang mengaplikasikannya secara langsung. Pendekatan ini meningkatkan kefahaman peserta terhadap aspek kualiti, konsistensi dan inovasi dalam penyediaan kopi. Penganjuran program ini mencerminkan komitmen FSTM UPM dalam memperkukuh kerjasama akademia-industri serta memperluas pemindahan ilmu sains makanan kepada masyarakat dan sektor berkaitan.

Pihak FSTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ZUS Coffee, khususnya Encik Desmond, Cik Yan Ling, Encik Ujay, Encik Muhaimin, Encik Shakir dan Encik Afiq atas sokongan padu dalam menjayakan bengkel ini. Fakulti juga berbesar hati menjemput pakar sains kopi dari Institut Pertanian Bogor (IPB University), Indonesia, iaitu Dr. Dian Herawati, bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau. Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada Monin Asia KL Sdn. Bhd. atas penajaan hadiah kepada para penceramah.

 

Perkongsian ilmu sains kopi merangkumi aspek penanaman hingga pemanggangan biji kopi oleh Dr. Dian Herawati dari IPB University (kiri) dan En. Muhaimin dari ZUS Coffee (kanan).



Teknik cupping digunakan untuk menilai kopi melalui deria rasa dan aroma.


Teknik pembancuhan kopi menggunakan kaedah manual dan mesin.


Perkongsian ilmu tentang jangka hayat kopi oleh Prof. Madya Dr. Wan Zunairah dari FSTM (kiri) dan laluan kerjaya sebagai barista oleh En. Afiq dari ZUS Coffee (kanan).



 

 

Disediakan oleh,

Dr. Foong Han Lyn

Tarikh Input: 27/01/2026 | Kemaskini: 29/01/2026 | nur_jasni

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5101
Tiada
X, (02:15:19pm-02:20:19pm, 13 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]