Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan Jayakan Program My Future Journey 2026 | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Jayakan Program My Future Journey 2026

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Jayakan Program My Future Journey 2026

Serdang, 26 Januari 2026 – Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Program My Future Journey 2026 anjuran Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia (ASPutra) yang berlangsung di Kompleks Akademik E, UPM.

Program ini merupakan salah satu inisiatif ASPutra dalam mempromosikan program pengajian peringkat ijazah yang ditawarkan oleh UPM kepada para pelajar Asasi Pertanian. Selain itu, program ini turut dibuka kepada seluruh warga UPM dan komuniti sekitar sebagai usaha memperkukuh pendedahan awal terhadap laluan akademik dan kerjaya di universiti.

Penglibatan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dalam program ini bertujuan memperkenalkan bidang sains dan teknologi makanan kepada para pelajar asasi, di samping memberi gambaran jelas mengenai peluang pengajian dan prospek kerjaya dalam bidang berkenaan. Melalui penyertaan ini, fakulti telah menerima kehadiran lebih daripada 100 orang pelajar Asasi Pertanian UPM (ASPutra) yang menunjukkan minat dan keterujaan terhadap program yang ditawarkan.

Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini diharap dapat membantu pelajar membuat perancangan awal yang lebih jelas dan berinformasi mengenai hala tuju akademik mereka, seterusnya menyokong aspirasi UPM dalam melahirkan graduan holistik dan berdaya saing.

Tarikh Input: 27/01/2026 | Kemaskini: 28/01/2026 | nur_jasni

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5101
Tiada
X, (08:00:35am-08:05:35am, 23 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]